Skip to main content
Kanak-kanakTip

5 PETUA UNTUK DAPAT ANAK PUTIH GEBU DAN COMEL

tips-anak-putih

Hampir semua ibu mengharapkan bayi yang bakal dilahirkan nanti adalah bayi yang comel, mempunyai kulit yang putih dan cerah. Namun tak semua berjaya mendapatkan bayi yang putih walaupun ayah dan ibunya sendiri berkulit cerah.

Sebenarnya terdapat banyak petua mak-mak kita yang boleh kita amalkan dalam

usaha untuk mendapatkan anak yang berkulit cerah, putih dan gebu ni. Walaupun ada diantaranya nampak macam tak logik, tapi semua petua ini tidak salah dicuba selagi tidak memudaratkan kesihatan kita. Mana tahu kan kot-kot baby kita nanti seputih baby Lara Alana si buah hati Awal dan Scha.

Mari lihat  jenis makanan yang diambil ketika hamil dipercayai secara meluas oleh para ibu di Asia bahawa ia dapat membuatkan kulit bayi putih dan bersih ketika lahir:

 

1. AIR KELAPA

Air kelapa banyak khasiat

Jika di Indonesia, air kelapa dipercayai dapat membuat kulit bayi bersih, di India pula, isi kelapa yang sudah cukup tua dan keras yang menjadi snek untuk ibu hamil. Mereka yakin, isi kelapa yang tebal dan berwarna putih tersebut dapat membuatkan kulit bayi menjadi lebih terang.

2. PUTIH TELUR

Kebaikan telur putih yang kaya dengan protein

Sering mengambil putih telur pada trimester kedua kehamilan juga diyakini dapat membuat kulit bayi putih dan sempurna.

 

3. Oren

buah oren dapat menjaga kesihatan buah pinggang

Ini adalah salah satu buah yang kaya dengan vitamin C dan wajib diambil selama kehamilan. Selain mencerahkan warna kulit, kandungan asid folik dalam oren juga penting untuk pertumbuhan janin yang sehat.

 

4. BIJI FENNEL ATAU JINTAN MANIS

minyak jintan

Wanita hamil di India percaya dengan meminum air rendaman biji jintan manis sebanyak 3ml setiap pagi, ia dapat meningkatkan warna kulit bayi. Selain itu juga dapat meringankan gejala mual di pagi hari.

 

5. LOBAK PUTIH

Khasiat lobak putih dapat menyihatkan kulit

Lobak putih kaya dengan antioksidan dan mineral yang diyakini dapat mempengaruhi warna kulit bayi di kandungan jika sering diambil selama hamil.

Selain 10 makanan di atas, ada baiknya ibu juga mengambil makanan yang kaya dengan omega 3. Omega 3 secara akademiknya sudah terbukti baik untuk kulit ibu dan bayi.

Dengan menjadikan pengambilan makanan di atas sebagai rutin selama kehamilan dan ketika menyusu, kulit bayi akan terhindar dari pelbagai risiko seperti alahan kulit.

 

 

Semoga maklumat ini bermanfaat untuk anda semua, jangan lupa untuk share.

 

 

Sumber: theasianparent

Leave a Reply

Close Menu

Wisma Int3tree

L2, Jln ML16,
Kawasan Perindustrian ML16,
43300 Balakong, Selangor
T : 03 8961 1123

Copyright © 2021 Int3tree™. All rights reserved.