“TIPS MENANGANI MASALAH OBESITI DALAM KALANGAN KANAK-KANAK, IBU BAPA WAJIB AMBIL LANGKAH AWAL DEMI MASA DEPAN ANAK ANDA”

Obesiti merupakan masalah kesihatan yang kini menjadi ancaman terbesar kepada rakyat Malaysia dengan seorang daripada tiga penduduk mengalami masalah itu atau mempunyai berat badan berlebihan berikutan terlebih makan.

Antara faktor-faktor yang dikenalpasti 

sebagai penyumbang kepada masalah ini termasuklah gaya hidup, pemilihan pemakanan, genetik, dan juga kekurangan kesedaran tentang obesiti di kalangan kanak-kanak oleh penjaganya. Selalunya, kedua ibubapa dan penjaga bekerja sepenuh masa, di mana terdapat kekangan masa dalam pemilihan dan penyediaan makanan yang sihat kepada anak-anak.

Pelbagai rangkaian makanan segera yang banyak,menawarkan makanan mudah capai di mana mengandungi kandungan kolestrol yang tinggi tetapi bernutrisi  rendah , menyebabkan mereka yang obes terjebak ke dalam perangkap pemakanan tidak sihat ini dengan lebih mudah.

Jangan risau, ikuti langkah-langkah ini untuk mengelakkan anak anda daripada obesiti:-

 

1.BERSENAM SETIAP HARI, SEKURANG-KURANGNYA 1 JAM

Bersukan untuk sihat

Ia berkesan untuk mengawal berat badan, mengurangkan risiko penyakit, di samping menguatkan otot. Kanak-kanak patut dilibatkan dengan aktiviti fizikal yang menyeronokkan seperti senaman berpasukan, berenang, yoga, berbasikal, menari, atau berjalan-jalan pada waktu petang atau selepas makan malam.

Senaman yang dilakukan tidak semestinya terlalu berat atau memenatkan. Senaman yang baik ialah melibatkan pergerakan sendi dan penggunaan otot untuk menggalakkan pembinaan otot.

 

2. SOKONGAN IBU BAPA TERHADAP AKTIVITI ANAK-ANAK MEREKA

Menjadi contoh kepada anak

Aktiviti fizikal yang dirancang perlulah sesuai dengan minat dan keupayaan fizikal kanak-kanak. Ibu bapa perlu memantau aktiviti fizikal anak dan membuat catitan dalam satu carta.

Pujilah anak-anak andai mereka telah mencapai matlamat. Di samping itu, ibu bapa juga wajar menunjukkan tauladan yang baik dengan menjadikan aktiviti fizikal sebagai aktiviti sekeluarga.

 

3. MAKAN MENGIKUT MASA BAGI SARAPAN, MAKAN TENGAHARI & MALAM

Makan mengikut masa yang ditetapkan

Sarapan pagi memainkan peranan yang sangat penting sebagai pembekal tenaga dan meningkatkan kadar metabolisma badan.

Tanpa sarapan pagi akan menyebabkan kanak-kanak berasa terlalu lapar dan cenderung untuk makan terlalu banyak pada hidangan berikutnya.

 

4. GALAKKAN KANAK-KANAK MEMINUM AIR KOSONG

Sentiasa hidrasi

Air kosong tidak mengandungi kal da tubuh yang menjadi salah satu punca kegemukan.

Anak-anak yang digalakkan meminum air kosong dari kecil lebih mudah menjadikan amalan ini sebagai amalan harian apabila dewasa kelak.

Apa-apapun, segalanya bermula daripada ibu bapa. Tunjuklah anak-anak yang ibarat kain putih ini contoh yang baik termasuk menjalani cara hidup yang sihat. Dengan cara itu, obesiti di kalgan kanak-kanak pasti dapat dikurang atau dielakkan.

 

Sumber: normairanrashid

Sila Tinggalkan Komen Anda

Dapatkan Maklumat terkini dari Kami

Blog

Post Yang Berkaitan

Kanak-kanak
EditorInt3tree

Anak Anda Teringin Pergi Ke Zoo? Ibu Ini Kongsi Cara Nak ‘Bawa’ Haiwan Zoo Ke Dalam Rumah Guna Google, Nampak Real!

Nampaknya Perintah Kawalan Pergerakan telah dipanjangkan oleh pihak kerajaan sehingga 14 April ini. Maka kita akan berada di dalam rumah dalam tempoh yang lama! Mesti

Read More »