5 Tips Menanam Sifat Rajin Anak Ke Masjid

tips-anak-ke-masjid

Tidak lama lagi bulan Ramadhan akan datang. Setiap umat Islam pasti tidak mahu melepaskan peluang setahun sekali untuk melakukan solat terawih di masjid. Tapi… teringat pula anak-anak yang tiada siapa jaga.

Teringin juga ingin bawa anak-anak ini ke sana untuk memperkenalkan tentang Islam dengan lebih lanjut pada mereka. Tapi… tak mengganggu jemaah lain ke?

“Lecehlah, nanti dia bukannya solat terawih, main-main adalah. Malulah nanti kalau dia ganggu jemaah lain. Kalau ajak dia duduk sebelah, ada pula orang cakap kita putuskan saf jemaah. Hmm… Adakah tips bawa anak kecil ke masjid?”

Jangan risau ibu bapa semua! Bawa saja anak-anak anda itu. Sejarah telah membuktikan yang kanak-kanak dulu juga di bawa ke sana untuk diajar tentang ibadah solat dan pelbagai ilmu lain.

Mari kita bincangkan serba-sedikit tentang tips bawa anak ke masjid dan hukumnya.

 

HUKUM BAWA ANAK KECIL KE MASJID

Kesinambungan daripada Syed Hussaini Syed Hassan menerusi Bayan Linnas, sumber daripada Pejabat Mufti itu berpendapat membawa anak kecil ke masjid adalah diharuskan.

Namun, ibubapa wajib menjaga dan memastikan anak-anak yang dibawa dalam keadaan yang boleh dikawal.

MARI KITA LIHAT TIPS MEMBAWA ANAK KE MASJID:

1. PILIH MASJID YANG MESRA JEMAAH

Masjid yang besar dan selesa

Ini perkara pertama yang harus anda pertimbangkan. Pilih masjid yang luas, sejuk dan mempunyai budak-budak lain di situ. Bukan apa, masjid yang sempit biasanya akan cepat penuh. Nanti anak-anak akan mudah tak selesa.

 

2. LIHAT ‘MOOD’ ANAK SEBELUM KE MASJID

Mood anak sangat penting

Penting untuk kita fahami keperluan anak-anak. Mereka boleh meragam jika tidak cukup tidur, lapar, penat, atau keadaan masjid yang terlalu ramai hingga menjadikan mereka tidak selesa.

‘Mood’ ini akan mempengaruhi tindakan serta cara kelakuan mereka.

Jika kanak-kanak masih kecil, hiperaktif, susah dikawal dan sering mengganggu jemaah, maka lebih elok tidak di bawa ke masjid.

 

3. CARI TEMPAT YANG SELESA DAN DI HUJUNG SAF SEMASA DI MASJID

Cari ruang kosong

Jika kanak-kanak tidak mengganggu namun dibimbangi oleh kedua ibu-bapa akan keadaannya, maka boleh diletakkan di sebelah ibu-bapanya.

Untuk keadaan sebegini, disyorkan ibubapa untuk bersolat di tepi dinding (hujung saf) dan diletakkan anaknya itu dihujung sekali.

Cara ini lebih mudah untuk anda memantau anak anda dari semasa ke semasa.

 

4. BAWA MAINAN KESUKAAN MEREKA

Mainan supaya mereka diam dan bermain

Anak yang masih kecil mungkin akan cepat meragam jika mereka bosan dan penat. Anda sebagai ibu bapa harus bijak mengatasi masalah ini. Bawa sebarang mainan kanak-kanak untuk mengisi masa lapang mereka.

Tapi pastikan barang permainan itu tak bising dan mengganggu jemaah lain! Cuba bawa buku warna, bantal, selimut, patung kegemarannya dan lain-lain.

 

5. DUKUNG ANAK KECIL YANG MENANGIS ATAU MENGGANGGU KETIKA SOLAT

Belajar cara mendukung anak

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW pernah memanjangkan sujudnya kerana cucunya Hasan dan Husein telah memanjat di belakang baginda SAW dan bermain-main di atas belakang baginda SAW.

Ini seperti mana yang telah diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad.

Di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Abu Qatadah al-Ansori RA, baginda SAW bersabda:

رَأَيْتُ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم يَؤُمُّ النَّاسَ وَأُمَامَةُ بِنْتُ أَبِي الْعَاصِ وَهِيَ ابْنَةُ زَيْنَبَ بِنْتِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم عَلَى عَاتِقِهِ، فَإِذَا رَكَعَ وَضَعَهَا وَإِذَا رَفَعَ مِنْ السُّجُودِ أَعَادَهَا

Maksudnya: “Aku melihat Nabi s.a.w mengimami solat sedang mendukung Umamah binti Abi al-As yang juga anak perempuan Zainab binti Rasulillah SAW. Apabila Baginda rukuk diletakkannya dan apabila bangun dari sujud Baginda mengangkatnya semula”. [Riwayat Muslim, no. Hadith 845]

 

TIDAK SALAH SOLAT TERAWIH DI RUMAH

Jika anda mahu membiasa akan dengan solat di masjid, anda boleh selalu berbuat demikian lagi pada masa akan datang walaupun di luar bulan Ramadhan.

Malah, tips bawa anak kecil ke masjid ini mungkin lebih mudah untuk dilakukan pada hari-hari biasa kerana bilangan jemaah yang kurang.

Bagi yang tidak mempunyai anak kecil lagi, jangan pula mengkritik mereka yang membawa anak-anak.

Sebaliknya, raikanlah anak-anak ini dan permudahkanlah urusan keluarga tersebut dalam menunaikan hasrat beribadah di bulan yang mulia.

Semoga anak-anak tersebut membesar menjadi anak-anak yang cintakan Islam dan masjid!

 

Sumber: Siraplimau

Sila Tinggalkan Komen Anda

Dapatkan Maklumat terkini dari Kami

Blog

Post Yang Berkaitan

Kanak-kanak
EditorInt3tree

Anak Anda Teringin Pergi Ke Zoo? Ibu Ini Kongsi Cara Nak ‘Bawa’ Haiwan Zoo Ke Dalam Rumah Guna Google, Nampak Real!

Nampaknya Perintah Kawalan Pergerakan telah dipanjangkan oleh pihak kerajaan sehingga 14 April ini. Maka kita akan berada di dalam rumah dalam tempoh yang lama! Mesti

Read More »