Kanak-kanakRemajaTips

Bimbang Masa Depan Anak Anda? Gunakan 5 Cara Mudah Mendidik Anak Yang Berjaya

tips anak berjaya

ANAK BERJAYA DALAM HIDUP

Semua ibu bapa inginkan anak-anak mereka berjaya dalam hidup, kan?

Ada banyak cara untuk membesarkan anak dengan mengikut acuan dan pengalaman kita sendiri. Mungkin betul, mungkin salah.

Sebab itu kita ajar mereka pelbagai sikap yang kita percaya boleh buat mereka berjaya kelak.

Mari lihat apakah 6 tips kejayaan dalam hidup yang boleh “merosakkan” anak-anak berbanding buat mereka berjaya.

 

1. Ajar Anak Sentiasa Fokus Dalam Kehidupan Mereka

Fokus penting untuk menuju kejayaan anak

Ya, mereka perlu fokus untuk berjaya. Tapi, kajian mendapati manusia tak boleh fokus sepanjang masa. Malah, kita akan berangan sebanyak 50% selepas bangun tidur!

Apabila anda sering memaksa anak-anak untuk fokus pada masa hadapan, mereka akan lebih mudah cemas dan ketakutan, punca stress.

Stress boleh jadi pembakar semangat, tapi dalam jangka masa yang panjang – ia boleh menjejaskan tumpuan dan memori anak-anak.

 

Apa patut kita buat?

Ajar mereka untuk hargai masa sekarang – live in the moment, bak kata Buddha. Kanak-kanak akan lebih berjaya jika mereka lebih gembira dengan apa yang mereka ada sekarang.

Kegembiraan buat mereka lebih produktif! Emosi yang positif boleh mengatasi stress dan kemurungan, lalu mereka boleh menghadapi semua cabaran.

Memang bagus suruh mereka ada matlamat. Tapi, apa kata anda ajar mereka untuk fokus pada sesuatu yang mereka sedang lakukan “sekarang”?

 

2. Ajar Anak Jaga Emosi Dan Elakkan Tekanan

Kawal emosi dan elakkan anak daripada stress

Penyelidikan mendapati kanak-kanak sekarang lebih mudah bimbang berbanding kanak-kanak ketika era 1950-an. Kenapa?

Mereka terlalu risau tentang prestasi mereka di sekolah. Semuanya sebab kita! Lihatlah… kita sendiri selalu stress dan bertungkus lumus setiap hari kerana kerja.

Ini bukan gaya hidup yang sihat untuk dicontohi anak-anak. Sebab itu, kajian mendapati kanak-kanak dengan ibu bapa yang selalu stress akibat kerja akan cenderung untuk “buat perangai” di sekolah!

 

Apa patut kita buat?

Ajar mereka untuk bertenang. Ya, stress tak boleh dielak, tapi kita boleh mengendali stress dengan kaedah yang lebih berkesan.

 

3. Beri Anak Meluangkan Masa 

Biarkan anak bermain dan meluangkan masa

Di Malaysia, kanak-kanak biasanya menghabiskan masa selama beberapa jam di sekolah, sebelum kembali ke rumah untuk mandi… dan sambung buat sesuatu!

Mungkin anak dipaksa melakukan aktiviti kurikulum pula selepas itu. Kita nak mereka selalu sibuk, sedangkan ia bukan bagus pun!

 

Apa patut kita buat?

Tak salah pun jika mereka tak buat “apa-apa”. Kajian mendedahkan minda manusia akan mengeluarkan idea bijak ketika mereka tak sibuk.

Jadi, beri anak anda masa untuk bermain, membaca atau sebagainya. Biar mereka rileks.

 

4. Sering Mengajar Anak Untuk Sentiasa Mengkritik Diri Mereka Sendiri

Perbaiki diri setiap hari

Self-sabotage atau self-criticism adalah perkara yang tak sihat! Ia boleh menurunkan keyakinan diri, lalu anak anda akan takut untuk gagal.

Jangan beri terlalu banyak tekanan pada mereka.

 

Apa patut kita buat?

Ajar mereka untuk menyayangi diri sendiri. Dari situ, mereka akan lebih menghargai diri mereka dan mereka tahu kekuatan malah kelemahan mereka!

Kajian juga membuktikan kanak-kanak yang lebih optimistik tentang diri mereka akan lebih berkeyakinan untuk menghadapi cabaran, dan tidak akan membuat keputusan yang buruk.

 

5. Kita Ajar Anak Yang Semua Orang Jahat

Bijak memilih rakan yang positif

Bila kita ajar anak-anak yang semua orang jahat… mereka akan lebih fokus pada diri sendiri.  Ya, memang ada orang jahat di luar sana. Tapi bukan semua orang!

 

Apa patut kita buat?

Ajar anak-anak untuk lebih bersimpati pada insan yang memerlukan. Jika mereka memiliki empati untuk memahami orang lain, mereka akan lebih mudah berjaya.

Mereka akan faham yang bersatu padu adalah kunci kejayaan.

 

Apa yang penting, untuk membesarkan anak-anak yang sihat lagi berkeyakinan dan bakal berjaya dalam hidup – anda sebagai ibu bapa tak boleh mementingkan diri sendiri.

Mungkin ada sesetengah cara berkesan untuk kita dulu. Tapi, zaman sudah berubah.

Kita perlu lebih prihatin dengan apa yang perlu diajar kepada anak-anak. Mereka pembentuk masa hadapan!

 

Sumber: theasianparent

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *