3 Sebab Kenapa Anak Lelaki Sangat Perlukan Ayah

anak lelaki sangat perlukan ayah

Tak dinafikan semua anak tak kiralah lelaki mahupun perempuan mendapat banyak manfaat daripada kehadiran seorang ayah yang betul-betul ‘involved’ dalam urusan keluarga.

Malah, kajian yang dilaporkan melalui sebuah artikel dari laman web Fatherly telah membuktikan bahawa kehadiran susuk seorang ayah yang aktif sebegini menjadikan anak-anak kurang berisiko terhadap kes ‘dropout‘ di sekolah, masalah obesiti, serta gangguan mental.

Menariknya, ahli psikologi turut menekankan bahawa anak lelaki yang berusia 2 tahun sangat memerlukan ayah mereka dalam fasa ‘terrible two’ ini.

Kenapa agaknya ya? Ini sebabnya.

3 SEBAB KENAPA ANAK LELAKI SANGAT PERLUKAN AYAH DALAM FASA ‘TERRIBLE TWO’

 

1. BELAJAR KAWAL EMOSI

anak lelaki perlukan ayah

Usia 2 tahun ini dikatakan kritikal bagi seorang ayah untuk lebih rapat dengan anak lelaki mereka kerana dalam tempoh ini anak lelaki belajar mengawal dorongan emosi dengan mencontohi ayah mereka.

Kawalan emosi amat penting supaya mereka tidak menjadi agresif dan kasar.

 

2. MENYALURKAN TENAGA SECARA POSITIF

anak lelaki perlukan ayah

Paul Golding, ahli psikologi dan Pengarah Eksekutif di Santa Fe Boys Educational Foundation berkata bahawa ‘rough play’ antara anak lelaki dengan ayah adalah antara cara yang baik untuk menyalurkan tenaga mereka ketika ini.

Selain itu, kajian juga menunjukkan bahawa anak perempuan yang dilahirkan dengan hormon testosteron yang tinggi dan berkelakuan agresif juga mendapat banyak manfaat melalui aktiviti ‘rough play’ dengan ayah mereka.

 

3. ANAK LELAKI LEBIH ‘SENSITIF’ BERBANDING APA YANG KITA SANGKA

anak lelaki perlukan ayah

Malah, semakin banyak pemerhatian serta kajian oleh pakar, termasuk salah satu dari Journal of Infant Mental Health mendapati bahawa anak lelaki lebih terkesan terhadap pengabaian, tindakan salah laku, serta faktor biologi yang boleh mengganggu perkembangan otak yang sihat.

Sesetengah pakar juga mengesyaki bahawa teori ini mempunyai perkaitan terhadap perbezaan perkembangan otak lelaki dan perempuan, di mana kadar autisme, ADHD, schizophrenia antaranya adalah lebih tinggi di kalangan kaum lelaki.

 

AYAH ADALAH ROLE MODEL YANG PENTING BAGI ANAK-ANAK

anak lelaki perlukan ayah

Begitulah kepentingan sosok seorang ayah atau apa yang orang kata ‘father figure’ pada anak-anak, terutamanya anak lelaki – secara spesifiknya pada usia 2 tahun.

Namun, bukanlah semua anak mempunyai ayah dan ada yang dibesarkan oleh ibu tunggal. Adakah ini bermaksud mereka akan mengalami kerugian?

Tidak juga, ini kerana pakar menjelaskan bahawa sesiapa saja yang menggalas tugas sebagai ‘ayah’ – contohnya ibu, guru, pakcik atau abang yang menunjukkan contoh yang baik tentu sekali akan tetap memberi kesan positif terhadap perkembangan mental emosi mereka.

Pokok pangkalnya, jangan kita ingat anak lelaki yang lasak dari segi luarannya juga ‘lasak’ dalamannya. Lebih-lebih lagi fasa umur 2 tahun, di mana mereka tengah ligat, aktif, dan belajar nak cuba macam-macam perkara.

Melalui penjelasan ahli psikologi ini, fahamlah kita yang akhlak dan tindak-tanduk anak, terutamanya anak lelaki amat dipengaruhi dengan kehadiran seorang ayah yang memainkan peranan penting dalam mencorakkan tingkah laku serta masa depan mereka.

Jadi, ayah kena luang lebih masa dengan anak-anak lepas ni ok!

 

Sumber: siraplimau

Sila Tinggalkan Komen Anda

Dapatkan Maklumat terkini dari Kami

Blog

Post Yang Berkaitan

Anak Anda Teringin Pergi Ke Zoo? Ibu Ini Kongsi Cara Nak ‘Bawa’ Haiwan Zoo Ke Dalam Rumah Guna Google, Nampak Real!

Nampaknya Perintah Kawalan Pergerakan telah dipanjangkan oleh pihak kerajaan sehingga 14 April ini. Maka kita akan berada di dalam rumah dalam tempoh yang lama! Mesti dah kekeringan idea untuk menghiburkan anak-anak di rumah kan? Jadi, ibu ini berkongsikan salah satu aktiviti iaitu membawa haiwan-haiwan dalam zoo secara virtual di rumah. Memang seronok anak-anak seolah-olah berada dekat dengan

anak lelaki sangat perlukan ayah

3 Sebab Kenapa Anak Lelaki Sangat Perlukan Ayah

Tak dinafikan semua anak tak kiralah lelaki mahupun perempuan mendapat banyak manfaat daripada kehadiran seorang ayah yang betul-betul ‘involved’ dalam urusan keluarga. Malah, kajian yang dilaporkan melalui sebuah artikel dari laman web Fatherly telah membuktikan bahawa kehadiran susuk seorang ayah yang aktif sebegini menjadikan anak-anak kurang berisiko terhadap kes ‘dropout‘ di sekolah, masalah obesiti, serta

bandingkan anak

Selalu Bandingkan Anak Kita Dengan Orang Lain? Ini 8 Tips Untuk Jadi Ibu Bapa Lebih Positif

Mak ayah mana yang tak pernah mengalami dan berhadapan dengan situasi anak-anak menjerit dan berlari-lari di dalam kedai atau pusat membeli-belah kan? Tetapi ada juga dalam kalangan ibubapa yang beranggapan bahawa anak mereka tidak seperti anak orang lain yang katanya lebih beradab dari anak mereka sendiri. Penting untuk anda tidak membandingkan anak sendiri dengan orang

8 Cara Ibu Ini Latih Semua Anaknya Belajar Dapat Keputusan Straight A!

Anak-anak mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan merupakan salah satu kebanggaan bagi ibubapa. Tambah pula kalau kesemua anak mendapat keputusan straight A dalam setiap matapelajaran. Pasti terdapat rahsia disebalik kejayaan mereka ini kan? Jadi, jom baca perkongsian guru dimana beliau mengambil kesempatan untuk bertanyakan seorang ibu kepada pelajar cemerlang di sekolahnya mengenai rahsia kejayaan anak-anaknya.

Anak Kecil Suka Memanjat Bukan Tanda Anak Mempunyai Masalah – Pakar

Panjat-memanjat pagar, sofa dan pintu ‘grill’ di rumah sudah menjadi kebiasaan bagi kanak-kanak. Kadang-kadang sampai tak tahu nak marah macam mana supaya mereka tak terlalu ‘obses’ dengan aktiviti memanjat ni. Mana tidaknya, malu juga kalau pergi ke tempat awam pun anak masih suka memanjat tanpa memghiraukan orang ramai. Namun, disebalik kepada habit ini tersimpan kebaikannya