PUNCA ANAK SUKAR FOKUS DALAM PEMBELAJARAN? ATASI ANAK ANDA DENGAN 5 CARA UNTUK RANSANG MEREKA DALAM PEMBELAJARAN

Anak-anak sekarang ini lebih suka bermain dengan gadget seperti iPad, tablet, dan suka bermain games di komputer. Tidak kurang juga anak kita sekarang lebih tertumpu pada media-media sosial seperti facebook, twitter, dan sebagainya.

Kalau dah macam ini, macam mana

nak suruh anak kita belajar dan ulangkaji kan? Suruh je belajar, macam-macam alasan mereka bagi sampai ibu ayah pun pening nak suruh dah.

Apa kata kita ubah pendekatan supaya anak kita lebih teruja nak belajar dan ulangkaji?

 

1. MEMBUAT JADUAL BELAJAR

Lakarkan jadual belajar untuk anak

Anak kita perlukan jadual belajar yang terancang. Beritahu anak kita awal-awal masa sekian-sekian adalah masa untuk  mereka belajar dan ulangkaji pelajaran. Pastikan anak kita setuju dengan masa yang ditetapkan.

Janganlah bagi masa yang tak masuk akal, seperti jam 2.30 petang padahal mereka baru pulang dari sekolah pada jam 1.45 petang. Makan, mandi, solat, dah kena belajar semula. Takde masa rehat pun untuk mereka. Bertimbang rasalah sedikit dan bagi anak kita rehat dahulu.

 

2. TEMPAT BELAJAR YANG SELESA

Sediakan tempat belajar

Pastikan anak kita ada tempat yang spesifik untuk belajar sahaja. Meja yang besar untuk mereka buat kerja sekolah, dan kerusi yang selesa untuk mereka duduk. Selain itu, sediakanlah juga keadaan sekeliling yang selesa untuk mereka belajar.

 

3. REWARD SELEPAS HABIS BELAJAR

Hargai anak-anak

Ini adalah bagi anak yang liat sangat nak belajar. Tanya anak kita, apa yang mereka nak buat. Contohnya, kalau mereka cakap nak main game, jadikan game itu sebagai reward. Beritahu anak kita, mereka akan dapat main game setelah siap kerja sekolah ataupun setelah ulangkaji selama sejam.

Biarlah reward itu apa yang mereka suka. Tapi, jangan buat selalu sebab kita nak juga ajar mereka supaya belajar dengan rela hati, dan bukannya disebabkan ganjaran.

 

4. TEMAN ANAK BELAJAR

Beri semangat kepada mereka

Ada baiknya ibu ayah teman anak belajar. Bagi semangat pada anak untuk terus berusaha. Selain itu, kalau ada sesuatu yang anak kita tak faham, bolehlah mereka tanya kita tentang subjek yang di belajar.

 

5. HADKAN MASA BELAJAR

Tetapkan masa pembelajaran

Anak kita tak boleh belajar lama-lama. Kalau otak mereka dah penat, ilmu dah tak boleh nak diserap lagi. Pastikan anak kita mendapat 10 minit rehat bagi setiap sejam mereka belajar dan juga 45 minit rehat selepas 3 jam menghadap buku.

 

Sumber: gpsbestari

Sila Tinggalkan Komen Anda

Dapatkan Maklumat terkini dari Kami

Blog

Post Yang Berkaitan

Anak Anda Teringin Pergi Ke Zoo? Ibu Ini Kongsi Cara Nak ‘Bawa’ Haiwan Zoo Ke Dalam Rumah Guna Google, Nampak Real!

Nampaknya Perintah Kawalan Pergerakan telah dipanjangkan oleh pihak kerajaan sehingga 14 April ini. Maka kita akan berada di dalam rumah dalam tempoh yang lama! Mesti dah kekeringan idea untuk menghiburkan anak-anak di rumah kan? Jadi, ibu ini berkongsikan salah satu aktiviti iaitu membawa haiwan-haiwan dalam zoo secara virtual di rumah. Memang seronok anak-anak seolah-olah berada dekat dengan

anak lelaki sangat perlukan ayah

3 Sebab Kenapa Anak Lelaki Sangat Perlukan Ayah

Tak dinafikan semua anak tak kiralah lelaki mahupun perempuan mendapat banyak manfaat daripada kehadiran seorang ayah yang betul-betul ‘involved’ dalam urusan keluarga. Malah, kajian yang dilaporkan melalui sebuah artikel dari laman web Fatherly telah membuktikan bahawa kehadiran susuk seorang ayah yang aktif sebegini menjadikan anak-anak kurang berisiko terhadap kes ‘dropout‘ di sekolah, masalah obesiti, serta

bandingkan anak

Selalu Bandingkan Anak Kita Dengan Orang Lain? Ini 8 Tips Untuk Jadi Ibu Bapa Lebih Positif

Mak ayah mana yang tak pernah mengalami dan berhadapan dengan situasi anak-anak menjerit dan berlari-lari di dalam kedai atau pusat membeli-belah kan? Tetapi ada juga dalam kalangan ibubapa yang beranggapan bahawa anak mereka tidak seperti anak orang lain yang katanya lebih beradab dari anak mereka sendiri. Penting untuk anda tidak membandingkan anak sendiri dengan orang

8 Cara Ibu Ini Latih Semua Anaknya Belajar Dapat Keputusan Straight A!

Anak-anak mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan merupakan salah satu kebanggaan bagi ibubapa. Tambah pula kalau kesemua anak mendapat keputusan straight A dalam setiap matapelajaran. Pasti terdapat rahsia disebalik kejayaan mereka ini kan? Jadi, jom baca perkongsian guru dimana beliau mengambil kesempatan untuk bertanyakan seorang ibu kepada pelajar cemerlang di sekolahnya mengenai rahsia kejayaan anak-anaknya.

Anak Kecil Suka Memanjat Bukan Tanda Anak Mempunyai Masalah – Pakar

Panjat-memanjat pagar, sofa dan pintu ‘grill’ di rumah sudah menjadi kebiasaan bagi kanak-kanak. Kadang-kadang sampai tak tahu nak marah macam mana supaya mereka tak terlalu ‘obses’ dengan aktiviti memanjat ni. Mana tidaknya, malu juga kalau pergi ke tempat awam pun anak masih suka memanjat tanpa memghiraukan orang ramai. Namun, disebalik kepada habit ini tersimpan kebaikannya