Tak sanggup rasanya bila kita tengok anak sembelit, kan?
Mana taknya, dengan muka cuba meneran, menjerit, menangis malah tantrum. Lebih-lebih lagi masa kita tengah latih dia guna tandas. Memang menyeksakan!
Bila perkara ini berlaku, mesti semua ibu bapa nak tahu cara untuk legakan anak sembelit ini.
TANDA- TANDA SEMBELIT DI KALANGAN BAYI DAN KANAK-KANAK
Perlu dipahami bahawa sembelit tidak didignoskan menerusi bilangan hari anak tidak membuang air besar. Ada ibu-bapa yang bimbang bila anak tidak membuang lebih dari 2 atau 3 hari. Sebenarnya ianya masih normal jika mereka tidak buang air besar dalam masa 3 hari asalkan mereka tidak menunjukkan tanda-tanda sembelit. Antara tanda-tanda anak mengalami sembelit ialah:
- Resah dan menangis terutama ketika ingin membuang air besar. Ini lazimnya dialami bayi.
- Bagi anak yang lebih besar, mereka mungkin mengadu sakit perut atau meneran dengan teruk. Macam Amjad, dia akan berdiam diri di satu sudut macam sofa, meja atau dinding, meniarap sambil berdiri, kadangkala menangis.
- Najis kelihatan keras, kering dan berketul-ketul seperti tahi kambing.
- Anak sering kentut dan najis berbau lebih busuk.
- Apabila sering berlaku, sembelit boleh dikesan apabila anak membuang maksimum 3 kali seminggu, sering kembung dan kurang selera.
- Najis bercampur dengan darah disebabkan rektum yang luka akibat najis yang keras dan sukar dikeluarkan.
CARA ATASI ANAK SEMBELIT TERUK
Selain menggunakan ubat untuk melembutkan najis, terdapat juga cara mengatasi sembelit di kalangan anak- anak secara semulajadi. Antara cara atasi anak sembelit teruk tanpa guna ubat ialah:
1. BARINGKAN BAYI

Baringkan bayi dengan kaki ke atas dan gerakkan kakinya seperti sedang mengayuh basikal. Ini akan meransang pergerakan najis dalam usus.
2. TUKAR JENAMA SUSU

Jika bayi yang menyusu formula, cuba tukar jenama susu. Anda mungkin perlu bertukar beberapa kali sehingga mendapat susu yang susuai dengan bayi.
3. MAKAN SAYUR DAN BUAH TINGGI SERAT

Bagi bayi berumur 6 bulan ke atas, boleh beri makan sayur dan buah tinggi serat. Pastikan makanan ini dipurikan ye. Jus betik juga elok untuk mengatasi sembelit. Selain tinggi kandungan serat, betik juga mengandungi bahan yang membantu pergerakan usus.
4. MINUM AIR KOSONG
Beri anak minum air kosong sekerap mungkin tapi sedikit- sedikit.
5. BUAH PRUN DAN PIR

Jika anak sukakan karbohidrat dan tak suka makan sayur dan buah, mereka berisiko untuk sembelit.
Ini adalah buah yang boleh memberikan kelegaan pantas untuk sembelit anak anda.
Prun: Cuba rendamkan beberapa buah prun dan hancurkan menjadi jus atau potong kecil-kecil. Jika anak anda tak boleh makan semua, beri mereka beberapa keping.
Pir: Pir adalah laktatif semulajadi yang boleh menyelesaikan masalah sembelit anak anda.
Semoga Bermanfaat
Sumber: ummitiqah