Usia 6 bulan merupakan antara detik paling mengujakan untuk mana-mana parents. Ibu bapa mana yang tidak excited untuk lihat si manja mereka mencuba solid foods buat pertama kali?
Sebagai rujukan, umur 6 bulan disyorkan oleh badan-badan perbadanan kesihatan seperti World Health Organisation dan UNICEF sebagai umur optimum untuk bayi mula mencuba makanan.
Ini adalah kerana secara umumnya, bayi berumur 6 bulan mempunyai sistem penghadaman yang agak matang dan bersedia untuk mula menerima makanan. Pada umur ini juga, bayi selalunya sudah mula pandai menelan makanan.
Tips Penyediaan Dan Penyimpanan Makanan Bayi
- Bayi tidak mampu menjilat sudu dengan lidah, jadi gunakan sudu plastik yang kecil dan nipis supaya dia boleh mengambil makanan dengan bibir.
- Sayur-sayuran yang berserat atau berbiji perlu dilenyek dan ditapis untuk mendapat tekstur yang lembut. Hampas sayuran tidak dapat dihadam pada umur ini.
- Makanan yang anda hendak sejuk beku haruslah ditutup dengan baik untuk mengelakkan ia daripada kering. Ia juga membantu mengekalkan kualiti makanan.
- Simpan di dalam bahagian sejuk beku yang boleh membekukan makanan daripada -18°C ke 0°C
1. Bubur Nasi ( 2 hidangan)

Bahan-Bahan:
1⁄4 cawan beras, dikisar halus
1 3⁄4 cawan air
Cara memasak:
- Didihkan air. Masukkan beras yang dikisar halus, kacau dari semasa ke semasa.
- Reneh selama 10 minit dan teruskan mengacau.
- Hidangkan semasa panas.
Tips Penyediaan:
- Untuk menambah khasiat, beras putih boleh digantikan dengan beras perang (mengandungi Vitamin B dan serat)
- Tambahkan susu ibu ke dalam bubur.
2. Puri Lobak (2 hidangan)

Bahan-Bahan:
1⁄2 cawan lobak merah
Air yang secukupnya untuk mengukus
Cara memasak:
- Masukkan lobak merah ke dalam pengukus dan letakkan di atas air mendidih dan kukus selama 15 minit atau sehingga lembut.
- Masukkan lobak merah dikukus tadi ke dalam mesin pengisar dan kisar dengan menggunakan air yang secukupnya. Lenyek lobak merah sehingga menjadi puri.
Cadangan:
- Hidangkan dengan bubur nasi atau susu ibu sebelum hidang.
- Lobak merah juga boleh digantikan dengan bayam, labu atau daun sawi.
- Puri sayur-sayuran boleh dimasukkan ke dalam sup sayur-sayuran.
3. Puri Buah-buahan (2 hidangan)

Bahan-bahan:
1 biji epal merah, dibersihkan, dikupas, dibuang kulit, bijinya dan dipotong kepada saiz sederhana.
1 cawan air
Cara memasak:
- Tuang air ke dalam kuali dan didihkan.
- Masukkan buah epal ke dalam periuk. Tutup dan renehkan selama 10 minit atau sehingga buah epal menjadi lembut.
- Lenyek epal dengan menggunakan garpu sehingga menjadi puri.
Cadangan:
- Hidang bersama susu ibu.
- Buah epal boleh digantikan dengan buah-buahan yang lain seperti tembikai susu ataupun buah epal.
4. Stok Ayam Dan Ikan Bilis

Bahan-bahan:
800 g tulang ayam bahagian dada
1 1⁄2 cawan ikan bilis
4 cawan air
Cara memasak:
- Bersihkan tulang ayam dan buangkan lemak, kulit dan darah beku daripada tulang ayam.
Buang kepala dan isi perut ikan bilis. - Didihkan 1 liter atau 4 cawa air dan masukkan tulang ayam dan ikan bilis. Sebaik sahaja mendidih, reneh ayam selama 45 minit atau sehingga pati tinggal separuh daripada jumlah asal.
- Tapis dan biarkan sejuk. Kemudian sejukkan di dalam peti sejuk semalaman. Setelah disejukkan, buang lapisan lemak di bahagian atas.
- Stok boleh disimpan di dalam peti sejuk selama seminggu atau boleh disejuk bekukan sehingga sebulan.
Cadangan:
- Hidang bersama bubur bayi untuk menambah perisa.
5. Stok Sayuran

Bahan-bahan:
1⁄2 cawan lobak merah, kupas kulitnya
2 biji ubi kentang bersaiz sederhana dan dipotong dadu
1 cawan daun sawi, dipotong kasar
1 1⁄4 cawan air
Cara memasak:
- Basuh sayur-sayuran dengan air yang bersih. Didihkan air dan rebuskan ubi kentang dan lobak sehingga lembut. Kemudian masukkan daun sawi dan masak selama 3 minit.
- Tapis air rebusan sayur-sayuran. (Tekan sayur-sayuran dengan menggunakan sudu untuk mengeluarkan lebihan air).
- Hidangkan pati sayuran tadi ke dalam cawan bayi atau tambahkan ke dalam bubur nasi.
Jom cuba resepi ini untuk bayi anda, tak sabar nak mencuba.
Semoga tips yang di kongsikan dapat membantu bayi anda.
Sumber: ayachalo