Kajian Membuktikan Anak-Anak Yang Bermain Phone Lebih 2 Jam Sehari Akan Lebih ‘LEMBAB’ Berbanding Anak-Anak Biasa

Cabaran paling besar bagi seorang ibubapa ialah mendidik anak-anak dan memupuk tabiat baik anak-anak sebelum mereka meningkat remaja. Namun ada satu kajian di AS menunjukkan 3 tabiat yang baik dalam memupuk sahsiah anak-anak kita yang boleh meningkatkan perkembangan otak mereka.

Dalam kajian ini, matlamat pengkaji adalah untuk memerhati kesan tiga tabiat baik ini kepada perkembangan otak anak semasa menjalani rutin harian: tidur yang mencukupi, senaman, dan masa skrin yang terhad.

Mereka menggunakan garis panduan untuk kanak-kanak dan remaja dari Kanada, yang diterbitkan pada 2016 sebagai panduan kajian mereka.

Panduan ini mencadangkan tempoh masa berikut untuk setiap tiga tabiat ini untuk kanak-kanak berusia lapan ke 11 tahun:

  1. senaman sekurang-kurangnya satu jam sehari
  2. maksimum dua jam masa skrin (menonton tv, telefon bimbit dsb) untuk hiburan
  3. tidur selama sembilan ke 11 jam sehari

Pengkaji kemudian mengkaji 4,524 kanak-kanak di A.S berusia lapan ke 11 tahun, sambil mengambil kira tabiat dan perkembangan otak mereka.

Dua dari tiga kanak-kanak  mempunyai masa skrin lebih dua jam sehari. Malah, dari 4,524 kanak-kanak, hanya 5% dari mereka yang mengikut garis panduan yang diberikan.

Seramai 29% kanak-kanak pula tak boleh untuk mengikut walaupun satu tabiat ini.

Kanak-kanak ini kemudian dinilaikan melalui empat aspek: memori, bahasa, kemampuan mereka untuk merancang dan berapa lama mereka boleh menyelesaikan tugas mental dalam ujian yang diberikan.

Kanak-kanak yang mempunyai masa skin lebih dari dua jam setiap hari menunjukkan prestasi yang paling lemah dalam ujian ini berbanding rakan-rakan mereka yang menonton skrin kurang dari mereka.

Secara purata, kanak-kanak yang mengikut garis panduan adalah 4% lebih baik dalam prestasi mereka semasa melakukan tugasan mental dari kanak-kanak yang tak mengikut langsung panduan ini.

Perkembangan otak anak: Kebaikan tabiat baik pada anak

Kajian juga menemui, kanak-kanak yang memperbaiki tabiat mereka dengan mengikut panduan yang diberikan juga akan memperbaiki perkembangan otak mereka.

Ini bermakna, masa skrin yang berlebihan sahaja boleh memberi kesan kepada perkembangan otak anak dengan ketara.

Kajian mencadangkan, ibu bapa perlu mengamalkan tiga tabiat baik ini. Dengan cara ini, kanak-kanak boleh memasuki alam remaja dengan daya fikiran yang tajam.

Hanya mengetahui tentang perkara ini saja tak cukup. Cabaran sebenar adalah untuk mengamalkan tabiat ini dalam rutin harian anak anda.

Jika anda tak pasti bagaimana untuk mula, jurulatih kesihatan, Chris Freytag boleh membantu anda ke arah yang betul.

Dia mencadangkan ibu bapa untuk menjadi contoh pada anak-anak mereka. Contohnya, apabila anda bersenam dengan konsisten, anak-anak anda juga akan mengikut tabiat anda.Jika anda tidur awal juga akan membantu anak anda untuk memenuhi masa tidur yang cukup juga.

Jika anda tak mengambil masa yang lama untuk melihat telefon bimbit anda juga mungkin akan membuatkan anak anda kurang merungut bila anda hadkan penggunaan masa skrin mereka.

Chris menerangkan,

“Anda tak boleh suruh anak anda buat sesuatu yang anda tak buat.” Ini termasuk menyuruh mereka makan makanan yang sihat jika anda tak makan makanan yang sihat.

Anak anda memerhatikan anda, perbuatan anda juga lebih berkesan dari perkataan anda,” tegas Chris.

 

Credit to https://my.theasianparent.com/

Sila Tinggalkan Komen Anda

Dapatkan Maklumat terkini dari Kami

Blog

Post Yang Berkaitan

Kanak-kanak
EditorInt3tree

Anak Anda Teringin Pergi Ke Zoo? Ibu Ini Kongsi Cara Nak ‘Bawa’ Haiwan Zoo Ke Dalam Rumah Guna Google, Nampak Real!

Nampaknya Perintah Kawalan Pergerakan telah dipanjangkan oleh pihak kerajaan sehingga 14 April ini. Maka kita akan berada di dalam rumah dalam tempoh yang lama! Mesti

Read More »