CARA MENDIDIK ANAK DENGAN KAEDAH ISLAM. MENGGUNAKAN TEKNIK PSIKOLOGI YANG BERKESAN!

cara-mendidik-anak-dengan-betul

Selalu kita dengar, bila nampak seseorang anak itu nakal kelakuannya, orang akan kata, “Haaa.. mak bapak dia tak ajar la tu. Apa nak jadi la budak tu. Dah besar nanti mesti jahat”. Agak keras bunyinya bukan?

Bagaimana kalau anak itu adalah anak kita sendiri? Tentu sungguh meruntun jiwa. Kadang-kadang bukan kita tidak ajar anak kita, cuma anak itu terpengaruh dengan kawan-kawan yang lain. Apa salahnya datang hampir pada anak nakal itu dan berikan sedikit nasihat? Bimbang jika tiada siapa peduli, mereka akan jadi lebih teruk lagi.

Jadi apakah sepatutnya yang ibu-bapa lakukan?

Mengambil serba sedikit dari sumber ini, mari kita lihat tips dan panduan mendidik anak, termasuk memukul anak mengikut cara Islam.

 

1) ELAKKAN GUNA TANGAN ATAU ANGGOTA TUBUH YANG LAIN UNTUK MEMUKUL ANAK

Nasihat dahulu, jika masih berdegil pukul (jika perlu)

Yang lebih penting, walaupun kita pernah mengalami perkara ini, jangan sesekali menampar anak menggunakan tangan kita. Ia akan menjadi lebih buruk di mana anak akan bertambah nakal dan degil.

 

2) AJAR ANAK SOLAT

Wajib mengajar anak untuk menunaikan solat

Rotan atau pukul anak di telapak kakinya. Pukul seadanya sahaja, bukan dengan amarah yang meluap-luap. Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak ada sedikit huraian:

Sabda Rasulullah s.a.w.

“Perintahkanlah anak-anakmu mendirikan solat ketika mereka berumur 7 tahun, danpukullah mereka kerana tidak solat ketika berumur 10 tahun, dan pisahkanlah tempat-tempat tidur mereka” ( H.R. Ahmad & Abu Daud )

Imam Nawawi mengatakan, orang yang tidak diberatkan mendirikan solat, tidaklah diperintahkan kita menyuruh mereka mengerjakannya,kecuali anak-anak kecil – lelaki dan perempuan. Anak yang telah sampai umur 7 tahun jika mumayyiz, disuruh atasdasar sunnat mendirikan solat. Jika mereka telah berumur 10 tahun,wajiblah diperintahkan mereka mendirikan solat. Dan dipukul jika mereka enggan mendirikannya. Hadith ini mengingatkan kita kepada firman Allah

“Dan perintahkanlah ahli keluargamu mendirikan solat dan bersabarlahkamu diatas kesukaran-kesukaran yang kamu hadapi kerananya..” ( Toha : 132 )

“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamudari api neraka..” ( At-Tahrim : 66 )Kata pengikut-pengikut Asy-Syafie : Hendaklah para wali ( ibu bapaatau penjaga ) memerintahkan anak-anak menghadiri jamaah solat dan menerangkan kepada mereka hukum-hukum agama yang harus merekakerjakan sebagaimana wajib atas wali memberi pendidikan kepadaanak-anak tentang aurat, arak, dusta, mengumpat dan sebagainya.

Kata Ar-Rafi’ie : Diberatkan ibubapa memberikan pendidikan bersuci,solat dan undang-undang syariat kepada anak-anaknya ketika merekaberumur 7 tahun dan memukul mereka jika mereka enggan menuruti jika umur mereka telah mencapai 10 tahun. Belanja belajar diambil dari harta si anak jika dia berharta, dan dipikul pula oleh bapanya jika si anak tidak berharta.

Jika ia tidak berbapa, maka belanja itu dipikul oleh ibunya.Jika si anak tidak mempunyai wali, kewajiban tersebut dilaksanakan oleh yang berwajib di dalam negara. Contohnya qadhi atau seumpamanya.Anak-anak kecil memanglah tidak diberatkan dengan sesuatu perintahagama baik berdasarkan wajib atau sunnat.Hadith di atas sebenarnya ditujukan kepada para wali. Tujuannyau ntuk membiasakan anak-anak mendirikan solat sejak sebelum mukallafnya lagi.Apabila telah dibiasakan sejak kecil, tidaklah menjadi berat baginya untuk melakukannya sesudah ia besar.

 

3) NAMA PANGGILAN YANG BAIK

Berikan nama yang indah dan sedap disebut kepada anak

Beri dan panggil anak dengan nama yang baik-baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. Lebih malu apabila kawan-kawan mereka mengetahui panggilan itu.

 

4) PELUK ANAK SETIAP HARI

Peluk dengan penuh kasih sayang kepada anak

Berikan anak anda pelukan setiap hari. Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yang lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk.

 

5) PANDANGAN KASIH SAYANG

Sejuk hati bila lihat anak

Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang. Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran.

 

6) BERIKAN PUJIAN PADA ANAK

Sentiasa bersabar dalam mendidik anak

Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan. Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya.

 

7) TUNJUK ANAK BAGAIMANA CARA MENENANGKAN DIRI

Menasihati anak jika membuat salah

Jangan hanya peluk sahaja. Selitkan kata-kata nasihat dan iktibar yang sewajarnya. Kalau bergaduh sesama adik-beradik, leraikan dengan suara yang lembut. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya. Pertama sekali, ibu-bapa kena tenangkan diri dahulu!

 

Sumber: Siraplimau

Sila Tinggalkan Komen Anda

Dapatkan Maklumat terkini dari Kami

Blog

Post Yang Berkaitan

Kanak-kanak
EditorInt3tree

Anak Anda Teringin Pergi Ke Zoo? Ibu Ini Kongsi Cara Nak ‘Bawa’ Haiwan Zoo Ke Dalam Rumah Guna Google, Nampak Real!

Nampaknya Perintah Kawalan Pergerakan telah dipanjangkan oleh pihak kerajaan sehingga 14 April ini. Maka kita akan berada di dalam rumah dalam tempoh yang lama! Mesti

Read More »