5 Amalan Penting Ibu Bapa Boleh Lakukan Semasa Anak Menduduki Peperiksaan

Tips menduduki peperiksaan

Setiap kali menjelang peperiksaan, ibu bapa biasanya lebih bimbang  berbanding anak-anak. Kebimbangan ini lebih ketara di pihak ibu berbanding bapa.

Ibulah yang lebih gemuruh dan risau. Bapa pula biasanya lebih tenang dan terkawal perasaannya.

Jangan pula kerana tekanan yang kita rasakan dan harapan yang kita letakkan pada seorang anak, membuatkan kita kelam kabut sehingga lupa apa yang sepatutnya dilakukan di saat menjelang peperiksaan.

Salah pendekatan kita maka anak yang menerima akibatnya kelak hingga tanpa disedari menjejaskan prestasi peperiksaannya.

Sebab itulah kita sebagai ibu bapa mesti tahu persediaan yang perlu dilakukan bagi membantu kecemerlangan anak-anak menjelang peperiksaan.

Berikutan musim peperiksaan yang makin menghampiri, artikel kali ini yang dirujuk daripada buku teknik memotivasikan anak – Dr. Tengku Asmadi,  saya ingin berkongsi dengan ibu bapa semua mengenai peranan yang wajib dibuat oleh semua ibu bapa untuk membantu anak menjelang peperiksaan.

 

1. BERI KEYAKINAN DIRI PADA ANAK

Beri sokongan dan dorongan buat mereka

Keyakinan diri yang tidak mantap sering menghantui jiwa anak-anak.

Ada diantara mereka memang sudah membuat ulang kaji sejak awal lagi tetapi tetap tiada keyakinan diri.

Sebagai ibu bapa, kita perlu tahu keyakinan itu datangnya daripada persediaan. Semakin bersedia anak kita maka semakin yakinlah dia.

Persediaan ini pula bukanlah sekadar membaca, menghafal dan menyediakan nota semata-mata. Persediaan ini mestilah merangkumi aspek menerima (input) dan mengeluarkan (output) maklumat.

Proses mendapat maklumat termasuklah membaca, membuat nota ringkas, menghafal, bertanya, dan mengetahui teknik menjawab soalan-soalan.

Proses mengeluarkan maklumat pula adalah menjawab soalan-soalan seperti membuat latihan, latih tubi dan simulasi dengan menggunakan segala  pengetahuan yang diperolehi dalam proses mendapat maklumat itu tadi.

Galakkan anak menjawab sebanyak mungkin soalan agar mendapat mengalaman. Lebihkan latih tubi bagi mana-mana topik yang agak lemah ataupun bentuk soalan yang kurang dikuasai.

Seterusnya perhebatkan simulasi dengan menjawab soalan-soalan tahun lepas serta soalan-soalan ramalan mengikut mengikut masa yang ditetapkan.

 

2. MEMBANTU ANAK

Bantu anak dalam mata pelajaran yang mereka kurang mahir

Ibu bapa perlu selalu memberikan harapan kepada anak dengan melontarkan kata-kata yang positif. Apakah kata-kata positif?

Kata-kata positif adalah kata-kata yang apabila diucapkan menghasilkan gambaran minda yang juga positif.

Contohnya:

Bukan “Jangan buang masa” tetapi ucapkan “Manfaatkan masa”

Bukan “Jangan berputus asa” tetapi ucapkan “Berusahalah dengan lebih gigih lagi” ataupun “Mak percaya adik pasti BOLEH!”

Bukan “Jangan kelam kabut” tetapi ucapkan “Bawa bertenang.”

Malah banyak lagi contoh-contoh yang dapat diberikan.

 

3. KURANGKAN BERMAIN/AKTIVITI DI LUAR

Hadkan masa bermain buat mereka

Elakkan daripada terlalu banyak membuang masa dengan aktiviti diluar seperti keluar membeli-belah, makan di luar, balik kampong, menziarahi keluarga dan sebagainya. Ingatlah bahawa setiap minit amat berharga kepada anak.

Oleh itu pastikan setiap aktiviti yang dirancang menyumbang kepada persediaannya menghadapi peperiksaan sama ada persediaan mental, emosi, fizikal ataupun rohani anak-anak.

Tambahan pula, kekerapan berada diluar rumah hanya hanya mendedahkan mereka pada perkara yang tidak diingini sama ada daripada segi kesihatan ataupun keselamatan.

 

4. JANGAN BIARKAN MEREKA TIDUR LEWAT

Tidur awal supaya minda mereka sihat dan cergas

Ada anak yang suka belajar sehingga lewat malam bagi menghabiskan ulang kaji mereka. Jangan biarkan keadaan seperti ini berlarutan.

Pastikan anak masuk tidur awal dan bangun awal. Galakkan mereka membuat sedikit ulang kaji pada waktu awal pagi walaupun hanya 20 ataupun 30 minit. Pada waktu ini, fikiran mereka tenang, emosi belum terganggu dan suasana pula nyaman.

Banyak maklumat yang dibaca ketika ini mudah diingati bagi tempoh masa yang lebih lama.

 

5. SENTIASA BERDOA DAN SOLAT HAJAT UNTUK ANAK

Banyakkan zikir dan berdoa kepada Allah

Inilah masanya kita meluangkan lebih banyak masa berdoa baginya supaya dipermudahkan urusan anak menjawab setiap soalan, diberikan ketenangan dan diterangkan hati.

Berdoalah dengan suara yang jelas supaya didengar oleh anak dan biarlah dia aminkan doa kita itu. Biar anak menyedari yang kita sering membuat solat hajat dan berdoa baginya. Dengan cara ini, mereka lebih menghargainya.

Biasanya apabila menjelang peperiksaan, anak-anak tidur lewat daripada biasa kerana mengulangkaji pelajaran. Jika ibu bapa menjenguk bilik anak seketika dan maklumkan padanya yang kita mahu solat hajat sekarang, perasaannya anak pasti terharu dan ini memperkuatkan lagi azamnya untuk berjaya.

Yakinlah Tuhan akan memdengar doa ibu bapa yang ikhlas. Berdoalah walaupuan pencapaian anak kita pada ketika itu masih kurang memberangsangkan.

Sesuatu yang dirasakan mustahil bagi kita sebenarnya tidak mustahil bagi Tuhan.  InsyaaAllah, bila kita letakkan kepercayaan kepada Allah, Allah akan memudahkan segala usaha kita.

 

DORONG MEREKA MENGHADAPI PEPERIKSAAN DENGAN TENANG

Ibu bapa perlu mendorong dan memotivasikan anak untuk belajar tetapi bukan memaksa anak untuk berjaya.

Sekiranya ibu bapa memaksa anak untuk WAJIB mendapat hasil yang cemerlang, maka si anak berasa dibebani. Anak belajar bukan kerana kewajipan tetapi kerana ketakutan.

Oleh itu berikanlah anak keyakinan. Berikan nasihat dengan penuh kasih sayang. Tunjukkan keprihatinan dan sentiasalah memberi komitmen untuk membantunya. Yang paling penting, jangan lupa memohon kepada Allah agar anak dikurniakan kecemerlangan dan terang hati.

 

Semoga bermanfaat kepada ibu bapa semua

 

Sumber: tudungsicomel

Sila Tinggalkan Komen Anda

Dapatkan Maklumat terkini dari Kami

Blog

Post Yang Berkaitan

Anak Anda Teringin Pergi Ke Zoo? Ibu Ini Kongsi Cara Nak ‘Bawa’ Haiwan Zoo Ke Dalam Rumah Guna Google, Nampak Real!

Nampaknya Perintah Kawalan Pergerakan telah dipanjangkan oleh pihak kerajaan sehingga 14 April ini. Maka kita akan berada di dalam rumah dalam tempoh yang lama! Mesti dah kekeringan idea untuk menghiburkan anak-anak di rumah kan? Jadi, ibu ini berkongsikan salah satu aktiviti iaitu membawa haiwan-haiwan dalam zoo secara virtual di rumah. Memang seronok anak-anak seolah-olah berada dekat dengan

anak lelaki sangat perlukan ayah

3 Sebab Kenapa Anak Lelaki Sangat Perlukan Ayah

Tak dinafikan semua anak tak kiralah lelaki mahupun perempuan mendapat banyak manfaat daripada kehadiran seorang ayah yang betul-betul ‘involved’ dalam urusan keluarga. Malah, kajian yang dilaporkan melalui sebuah artikel dari laman web Fatherly telah membuktikan bahawa kehadiran susuk seorang ayah yang aktif sebegini menjadikan anak-anak kurang berisiko terhadap kes ‘dropout‘ di sekolah, masalah obesiti, serta

bandingkan anak

Selalu Bandingkan Anak Kita Dengan Orang Lain? Ini 8 Tips Untuk Jadi Ibu Bapa Lebih Positif

Mak ayah mana yang tak pernah mengalami dan berhadapan dengan situasi anak-anak menjerit dan berlari-lari di dalam kedai atau pusat membeli-belah kan? Tetapi ada juga dalam kalangan ibubapa yang beranggapan bahawa anak mereka tidak seperti anak orang lain yang katanya lebih beradab dari anak mereka sendiri. Penting untuk anda tidak membandingkan anak sendiri dengan orang

8 Cara Ibu Ini Latih Semua Anaknya Belajar Dapat Keputusan Straight A!

Anak-anak mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan merupakan salah satu kebanggaan bagi ibubapa. Tambah pula kalau kesemua anak mendapat keputusan straight A dalam setiap matapelajaran. Pasti terdapat rahsia disebalik kejayaan mereka ini kan? Jadi, jom baca perkongsian guru dimana beliau mengambil kesempatan untuk bertanyakan seorang ibu kepada pelajar cemerlang di sekolahnya mengenai rahsia kejayaan anak-anaknya.

Anak Kecil Suka Memanjat Bukan Tanda Anak Mempunyai Masalah – Pakar

Panjat-memanjat pagar, sofa dan pintu ‘grill’ di rumah sudah menjadi kebiasaan bagi kanak-kanak. Kadang-kadang sampai tak tahu nak marah macam mana supaya mereka tak terlalu ‘obses’ dengan aktiviti memanjat ni. Mana tidaknya, malu juga kalau pergi ke tempat awam pun anak masih suka memanjat tanpa memghiraukan orang ramai. Namun, disebalik kepada habit ini tersimpan kebaikannya