Kanak-kanakTips

9 Cara Untuk Latih Anak Supaya Lebih Beradab, Ibu Bapa Wajib Tahu

Nak didik anak untuk menjadi seorang yang beradab dan sopan bukanlah mudah. Tambah pula semasa membesar, anak-anak mudah untuk mengikut contoh dari orang sekeliling tidak kira yang positif atau negatif. Jadi, amat penting untuk anda sebagai ibubapa tahu dengan lebih mendalam akan cara-cara yang mudah untuk melatih anak supaya mempunyai adab yang bagus. Jom cuba 9 tips ini.

9 TIPS MENGAJAR ADAB PADA ANAK

 

1. BERI SALAM

Sentiasa masuk rumah dengan salam dan ciuman. Cium anak-anak, cium isteri anda depan mereka. Ini akan beri satu sense of love and mercy pada anak-anak.

 

2. JAGA PERCAKAPAN

Jaga percakapan. Jangan pernah mengumpat jiran, atau sewaktu memandu, jangan mengutuk pemandu lain. Anak-anak anda dengar, hadam dan tiru percakapan anda. Hati-hati.

 

3. JAGA IBU BAPA

Bila call parents, bagi anak anda bercakap dengan mereka juga. Cucu kalau sembang dengan tok, memang lama. Sentiasa bawa mereka ziarah ibu bapa anda. Makin baik anda jaga ibu bapa anda, makin baik lah anak anda jaga anda nanti.

 

4. BERCERITA PADA ANAK

Bila hantar mereka ke sekolah, jangan asyik pasang Radio atau CD je. Tetapi, ceritakan pada mereka tentang diri anda. Zaman kecik-kecik anda dulu, zaman bercinta dan sebagainya. This will have a greater Impact -Trust Me!

 

5. BACA HADITH PADA ANAK

Baca kan pada mereka sepotong hadith setiap pagi. Tak ambil masa lama pun, tetapi kesannya sangat hebat! Cuba lah.

 

6. KURANGKAN PERKATAAN

Kurangkan perkataan jangan atau tak boleh. Along, jangan buat itu, along jangan buat ini, along, itu tau boleh, ini tak boleh. Down lah budak tuu… Focus pada benda yang mereka kena buat atau boleh buat. Ini akan tambah confidence mereka.

 

7. KETUK PINTU SEBELUM MASUK

Mintak izin anak sebelum masuk ke bilik mereka. Jangan sekadar ketuk pintu terus masuk. Mereka pun akan buat benda sama untuk anda.

 

8. MINTA MAAF

Minta maaf pada anak-anak kalau anda ada buat silap. Ini akan mengajar mereka untuk jadi humble dan polite.

 

9. JANGAN JADI SARCASTIC

Jangan nak jadi sarcastic sangat atau perlekehkan pandangan atau pendapat mereka. Ini akan hilangkan keyakinan mereka, dan menyakitkan hati mereka.

 

Memang akan mengambil masa yang agak lama untuk melatih anak-anak tentang adab. Namun apa yang anda perlu lakukan adalah terus sabar dalam mencuba kerana hasilnya pasti akan membanggakan anda!

 

Sumber: Afnan Rosli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *