ANAK CEPAT MARAH?? TANGANI EMOSI ANAK ANDA DENGAN 7 TIPS BERGUNA INI

anak-cepat-marah

Marah adalah salah satu bentuk emosi yang  boleh di alami oleh siapapun, baik anak-anak mahupun orang dewasa. Umumnya, anak-anak meluahkan rasa kesal mereka dengan cara mengamuk, menjerit, atau menangis. Walaupun normal, kemarahan akan menjadi masalah jika tindakan tersebut tidak di kawal dengan segera.

Jika anak cepat marah,

sebaiknya jangan terus menghukum atau marah mereka balik.Jadi bagaimana cara mengatasinya?

Haa, berikut adalah beberapa tips yang dapat dilakukan oleh ibu bapa agar anak tidak cepat marah dengan membantu mengendalikan emosinya.

 

1. AJAR MEREKA TENTANG CARA MENGAWAL NAFAS

Tarik nafas tahan dan hembus

Luangkan beberapa saat selepas bangun tidur dan sebelum memulakan hari yang sibuk untuk bernafas dengan betul. Ajar mereka apabila mereka marah, cuba tarik nafas.

 

2. JAUHKAN DARIPADA TONTONAN DAN BACAAN YANG MENGANDUNGI UNSUR KEKERASAN

Larang mereka melihat aksi yang negatif

Sebagai anak-anak generasi milenial, umumnya sejak kini mereka sudah akrab dengan gadget. Hal ini secara tidak langsung membuat si kecil lebih jelas terpapar dengan hal-hal yang mengandungi unsur kekerasan – Contoh dari menonton video, games, tv dan lain. Untuk mencegah hal tersebut terjadi, jauhkan anak dari gadget. Fokuskan si kecil pada buku bacaan, permainan yang meransang otak, dan berinteraksi dengan rakan mereka.

 

3. AJAR ANAK YANG SEMUA EMOSI ADA MAKNA TERTENTU

Setiap emosi mempunyai kelebihannya

Tidak kira emosi itu positif atau tidak, semuanya adalah bermakna dan penting. Namun tekankan emosi positif kepada mereka.

Contohnya galakkan mereka untuk memilih emosi positif berbanding negatif.

 

4. GALAKKAN MEREKA UNTUK MELIHAT DARI SUDUT POSITIF

Sentiasa positif dengan anak

Galakkan mereka untuk bercerita tentang apa yang positif dengan hari mereka. Namun jangan terus menolak sekiranya mereka ingin berkongsi cerita tertentu dengan anda.

Cuma, lebihkan bertanya tentang sesuatu yang positif agar mereka lebih optimis.

 

5. HORMATI PERASAAN DAN PENDAPAT ANAK

Menjadi pendengar setia kepada anak

Jika anda anda seorang yang sukar bergaul dengan orang (introvert), jangan paksa mereka berkawan dengan orang. Biar mereka lakukannya bila mereka bersedia.

Jika mereka kelihatan tidak dapat menerima banyak arahan dalam satu masa, pecahkannya menjadi lebih ringkas.

Jangan terlalu mengharap mereka mengikut cara anda 100% tanpa menghiraukan apa yang mereka rasa.

 

6. SENAMAN SEBAGAI AKTIVITI HARIAN

Bersukan untuk sentiasa kekal sihat

Aktiviti fizikal bukan saja bagus untuk kesihatan fizikal tapi juga mental. Cuba masukkan senaman sebagai aktiviti harian.

Ia tidak perlu yang terlalu serius seperti pergi ke gym pun. Ia boleh jadi sesuatu yang menyeronokkan seperti menari aerobik bersama anak anda.

 

7. PELUK MEREKA DENGAN KERAP

Peluk dengan penuh kasih sayang

Pelukan dan kata-kata semangat dapat membuatkan hormon yang mempengaruhi mood baik.

Malah ia juga sebagai tanda anda menunjukkan rasa sayang kepada mereka. Mereka akan lebih faham dengan perasaan anda terhadap mereka dan ini mengelakkan anak cepat marah.

 

Sumber: theasianparent

Sila Tinggalkan Komen Anda

Dapatkan Maklumat terkini dari Kami

Blog

Post Yang Berkaitan

Anak Anda Teringin Pergi Ke Zoo? Ibu Ini Kongsi Cara Nak ‘Bawa’ Haiwan Zoo Ke Dalam Rumah Guna Google, Nampak Real!

Nampaknya Perintah Kawalan Pergerakan telah dipanjangkan oleh pihak kerajaan sehingga 14 April ini. Maka kita akan berada di dalam rumah dalam tempoh yang lama! Mesti dah kekeringan idea untuk menghiburkan anak-anak di rumah kan? Jadi, ibu ini berkongsikan salah satu aktiviti iaitu membawa haiwan-haiwan dalam zoo secara virtual di rumah. Memang seronok anak-anak seolah-olah berada dekat dengan

anak lelaki sangat perlukan ayah

3 Sebab Kenapa Anak Lelaki Sangat Perlukan Ayah

Tak dinafikan semua anak tak kiralah lelaki mahupun perempuan mendapat banyak manfaat daripada kehadiran seorang ayah yang betul-betul ‘involved’ dalam urusan keluarga. Malah, kajian yang dilaporkan melalui sebuah artikel dari laman web Fatherly telah membuktikan bahawa kehadiran susuk seorang ayah yang aktif sebegini menjadikan anak-anak kurang berisiko terhadap kes ‘dropout‘ di sekolah, masalah obesiti, serta

bandingkan anak

Selalu Bandingkan Anak Kita Dengan Orang Lain? Ini 8 Tips Untuk Jadi Ibu Bapa Lebih Positif

Mak ayah mana yang tak pernah mengalami dan berhadapan dengan situasi anak-anak menjerit dan berlari-lari di dalam kedai atau pusat membeli-belah kan? Tetapi ada juga dalam kalangan ibubapa yang beranggapan bahawa anak mereka tidak seperti anak orang lain yang katanya lebih beradab dari anak mereka sendiri. Penting untuk anda tidak membandingkan anak sendiri dengan orang

8 Cara Ibu Ini Latih Semua Anaknya Belajar Dapat Keputusan Straight A!

Anak-anak mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan merupakan salah satu kebanggaan bagi ibubapa. Tambah pula kalau kesemua anak mendapat keputusan straight A dalam setiap matapelajaran. Pasti terdapat rahsia disebalik kejayaan mereka ini kan? Jadi, jom baca perkongsian guru dimana beliau mengambil kesempatan untuk bertanyakan seorang ibu kepada pelajar cemerlang di sekolahnya mengenai rahsia kejayaan anak-anaknya.

Anak Kecil Suka Memanjat Bukan Tanda Anak Mempunyai Masalah – Pakar

Panjat-memanjat pagar, sofa dan pintu ‘grill’ di rumah sudah menjadi kebiasaan bagi kanak-kanak. Kadang-kadang sampai tak tahu nak marah macam mana supaya mereka tak terlalu ‘obses’ dengan aktiviti memanjat ni. Mana tidaknya, malu juga kalau pergi ke tempat awam pun anak masih suka memanjat tanpa memghiraukan orang ramai. Namun, disebalik kepada habit ini tersimpan kebaikannya