fbpx

7 Cara Bagaimana Untuk Tingkatkan “Self-Esteem” Anak

cara meningkatkan self esteem anak

Self-esteem ini terbentuk melalui pengalaman dan situasi-situasi yang telah kita lalui dan ia dapat mempengaruhi tindakan, pemikiran dan keyakinan diri seseorang. Individu yang memiliki self-esteem yang rendah selalu berasa inferior dan canggung.

Adalah penting bagi manusia untuk mempunyai harga diri yang positif. Mereka ini lebih cenderung untuk mencapai kejayaan. Jadi bagaimanakah kita sebagai ibu dan bapa dapat membantu anak-anak kita agar mereka nanti dapat membesar sebagai individu yang memiliki self-esteem yang tinggi? Tips-tips berikut mungkin dapat dijadikan panduan:

 

1. BERIKAN KASIH SAYANG TANPA SYARAT

Kasih sayang tanpa batasan

Terima anak anda seadanya dan sayangilah dia tanpa mengira apapun kelebihan, kekurangan, kebolehan mahupun kelemahannya. Selalulah memeluk dan mencium anak dan beritahu yang anda sayangkan dia. Apabila anak anda perlu dihukum, pastikan dia tahu itu adalah kerana perbuatannya bukan kerana siapa dirinya.

 

2. BERIKAN PERHATIAN

Perhatian adalah sangat penting untuk anak

Luangkan sedikit masa setiap hari khusus untuk anak-anak. Berinteraksilah dengan mereka tanpa sebarang gangguan lain khususnya alatan elektronik seperti tv dan handphone. Ia membuatkan mereka merasa bahawa diri mereka adalah penting dan  berharga.

 

3. AMBIL RISIKO

Berikan mereka cabaran

Galakkan anak-anak untuk meneroka perkara baru seperti mencuba makanan berbeza, mencari kawan baru atau belajar mengayuh basikal. Walaupun kemungkinan untuk gagal tetap ada, tanpa mengambil risiko, peluang untuk berjaya adalah sangat tipis. Jadi biarkan mereka bereksperiment tanpa campur tangan dari anda. Bina self esteem mereka dengan mengimbangkan perasaan anda untuk melindungi mereka dan kepentingan mereka untuk menguasai kemahiran baru.

 

4. BIARKAN KESILAPAN TERJADI

Kesilapan sebagai pengajaran

Membuat silap adalah perkara biasa dalam kehidupan. Ia boleh menjadi pengajaran berharga untuk membina keyakinan anak-anak.  Apabila anak-anak berbuat kesilapan, ajar mereka untuk berfikir apa yang boleh mereka perbaiki supaya kesilapan yang sama tidak terjadi lagi. Dengan cara ini, self-esteem mereka tidak akan tergugat. Mereka juga dapat belajar menerima kesilapan dengan positif.

 

5. JADI PENDENGAR YANG BAIK

Memahami anak anda

Apabila anak-anak cuba memberitahu anda sesuatu , berhenti dan dengarlah apa yang mereka katakan walau anda mungkin tidak mengerti sepenuhnya percakapan mereka. Mereka perlu tahu yang perasaan dan buah fikiran mereka adalah penting dan bermakna buat anda.

 

6. JANGAN MEMBANDING-BANDINGKAN

Ingat! Jangan bandingkan mereka

Jangan sekali-kali membandingkan anak anda dengan adik beradik mereka atau sesiapa sekalipun. . Biarkan anak tahu bahawa anda menghargai keunikan diri mereka. Ia akan membuatkan mereka juga menghargai diri sendiri.

 

7. BERIKAN GALAKAN

Galakan daripada ibu bapa sangat penting

Setiap anak-anak perlukan dorongan dari orang yang mereka sayangi. Sesuatu yang memberitahu mereka ‘ Saya percayakan anda, saya melihat usaha anda. Teruskan’ . Galakan bermakna anda memperakui setiap usaha mereka, bukannya hanya apabila mereka beroleh kejayaan.

Dalam pada mendidik anak-anak, ibu bapa juga perlu berusaha untuk meningkatkan self-esteem mereka sendiri. Anak-anak merupakan pemerhati yang baik. Setiap tindakan anda dapat mempengaruhi mereka. Jadi berilah contoh yang terbaik untuk mereka.

 

Saya harapkan perkongsian pada kali ini dapat memberi manfaat buat kita semua. Terima kasih kerana membaca dan jangan lupa untuk share ya

 

Sumber: shaznurstationery

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *