fbpx

5 Cara Ajar Anak Makan Makanan Berkhasiat

cara didik anak makan makanan sihat

Nak didik anak makan makanan sihat ni sebenarnya agak mencabar juga bagi ibu bapa. Lagi-lagi bila kita mula nak didik anak makan makanan sihat seperti sayur-sayuran atau buah-buahan. Selalunya mereka memang akan mengelak! Boleh main lari-lari satu rumah antara mak dengan anak-anak ni.

Seolah-olah sayur-sayuran dan buah-buahan ini macam injection. Adoi anak-anak. Tapi kalau bagi candy cepat saja datang dan makan, macam semut pula. Risau sangat kalau anak makan candy banyak sangat.

Kalau tak pun terpaksa gunakan kaedah “Mengugut”. Antara teknik yang selalu digunakan oleh para ibu dan tak kurang juga si ayah pun sama. Dulu saya macam tu lah kerja nak menggugut saja supaya anak saudara makan sayur.

“Kalau adik tak makan sayur, nanti dalam perut adik ada cacing tau! Nak tak cacing main dalam perut adik?”

Kanak-kanak memang akan takut bila dengar perkataan cacing tu. Tapi tindakan ini sebenarnya tidaklah berapa sihat. Bila kita sebagai orang dewasa selalu takutkan anak. Sebab boleh ganggu kesihatan mental anak-anak kita. Nampak remeh tapi memberi kesan yang mendalam jika anak selalu ditakutkan.

Dan kesan daripada itu juga, anak-anak akan rasa terpaksa untuk makan makanan sihat. Kalau boleh kita nak mereka rasa seronok dan suka dengan makan makanan sihat ini. Jadi saya cepat-cepat stop guna cara menggugut ini.

Tapi masalahnya segelintir ibu bapa adalah…

“Anak saya ni langsung tak nak makan sayur buah. Nak makan fries sahaja!”

Boleh sahaja makan fries. Tapi sebolehnya kurangkan. Dan kita tahu makanan di luar tidak berapa sihat kerana mengandungi bahan yang kurang sihat. Tapi kalau anak-anak suka makan fries, ibu-ibu boleh guna resepi ini untuk buat fries homemade. Sihat dan lebih sedap!

Ok berbalik kepada anak-anak yang suka mengelak makan makanan sihat ini. Macam mana nak didik mereka supaya mereka makan dan tak buang. Ibu ibu semua dah ready? Ok let’s go!

Cara-cara ini anda boleh guna untuk didik anak anak supaya mereka makan makanan sihat dan yang paling penting, lepas tu tak payah dah main lari-lari satu rumah sebab nak paksa mereka. Caranya adalah:

 

1. IBU BAPA KENA JADI “ROLE MODEL”

Contoh terbaik bermula daripada ibu bapa

Ya. Anak-anak akan ikut apa yang ibu bapa buat dan makan. Kita nak anak kita makan makanan sihat tapi kita sendiri tak makan makanan sihat di hadapan anak-anak kita.

Jadi penting ibu bapa menjadi role model bagi anak-anak. Sebab mereka akan copy paste apa yang kita buat dan makan. Perbanyakan makan yang bernutrisi di hadapan mereka. Contohnya makan buah-buahan, salad.

Bila kita tunjukkan yang kita memang suka makan makanan sihat, mereka akan follow sedikit demi sedikit tingkah laku kita. Trust me, kanak-kanak adalah peniru. Mereka akan tiru apa sahaja orang sekeliling mereka buat. Percayalah! Kuncinya Sabar dan Konsisten. Ok?

 

2. AJAK ANAK SHOPPING MAKANAN SIHAT

Larang anak beli makanan ringan

Shopping barang dapur bersama kanak-kanak ini sememangnya menyeronokkan! Ajaklah anak-anak anda sekali sekala shopping Makanan Sihat di grocery.

Sementara itu, boleh bermain teka-teka makanan sihat dengan mereka. Contohnya, itu sayur apa, kacang apa, buah apa. Lama-kelamaan mereka akan terasa nak tahu apa rasa makanan tu.

 

3. ELAKKAN ANAK BANYAK MAKAN MANISAN

Memudaratkan kesihatan

Perkara yang perlu dielakkan. Elakkan anak-anak makan banyak manisan. Tahu tak apa akan jadi bila anak-anak ketagih manisan? Boleh klik di sini untuk baca apa kesan dia pada anak-anak. Bahaya!

Sebab itulah kita kena elakkan anak-anak makan makanan yang manis-manis seperti gula-gula dan coklat. Memberi mereka tanpa kawalan akan membuatkan mereka ketagih.

Apabila dah ketagih, mereka akan sukar terima makan makanan sihat. Bukan mereka tak nak makan tetapi mereka dah sukar untuk terima makanan sihat. Sebab itu pentingnya ibu bapa elakkan anak-anak makan manisan.

Boleh bagi mereka makan, tapi pastikan dalam keadaan terkawal dan dalam pantaun ibu bapa sendiri. Contoh: Seminggu sekali pada hari minggu sahaja. Tetapkan peraturan di rumah waktu bila sahaja boleh makan manisan.

 

4. SEDIAKAN MAKANAN DENGAN MENARIK

Anak-anak suka benda yang menarik

Bukan rasa sahaja perlu dititik berat. Tetapi dari segi penyediaan pun perlu dititik berat. Anda pernah makan tempat istimewa seperti hotel? Cuba tengok cara penyediaan mereka, menarik! Bila menarik, kita pun terasa nak makan. Jadi kita ambil tapi rasa tak tahu lagi sedap atau tidak.

Macam itulah juga anak-anak ini. Kita kena sediakan hidangan makanan sihat ini dengan cantik, kemas, menarik dan lucu. Anak-anak akan suka.

Contoh: Potong roti atau pancake dalam bentuk teddy bear, deco piring mereka dengan watak animasi. Be creative.

 

5. ELAKKAN MENUKAR MAKANAN

Apabila anak-anak tak nak makan makanan sihat, elakkan menukar makanan mereka dan beri makanan lain seperti fries, gula-gula, atau choki choki.

Elakkan perasaan cemas depan anak kalau mereka tak nak makan. Be cool ibu ibu. Tegas dalam pemakanan anak-anak. Ikut jadual seperti cara nombor 3 tadi. Mereka hanya boleh makan manisan pada hujung minggu sahaja.

Bila mereka lapar, mereka akan makan apa sahaja yang ada di hadapan mereka. Trust me, mereka memang akan makan. Jangan menggalah ok?

 

Semoga dengan perkongsian kali ini dapat membantu anda dan pasangan anda, untuk berikan makan yang terbaik untuk anak-anak anda.

Nak ajar anak makan makanan sihat ini sebenarnya tidaklah susah. Cuma perlukan kesabaran dan konsisten dari ibu bapa sendiri. Bila kita mula didik anak makan makanan sihat sejak mereka kecil, sebenarnya lagi mudah.

Elakkan anak anda daripada obesiti. Amalkan cara dan gaya hidup sihat sekeluarga. Semoga membantu.

 

Sumber : theproparenting

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *