Kanak-kanakDoaRemajaTips

6 Tips Mudah Mengajar Anak Berpuasa Pada Usia Kecil Buat Kali Pertama

tips-didik-anak-puasa

Sempena bulan Ramadhan yang bakal tiba ini, Ibu bapa akan banyak menulis mengenai strategi meghadapi dan mendidik anak-anak kecil berpuasa. Tips mengajar anak kecil berpuasa untuk pertama kali ini, syarat pertamanya ialah, kita pasakkan dan betulkan dulu niat kita mendidik anak kita berpuasa bukan kerana hendak menunjuk-nunjuk atau sebagainya.

Dari segi syarak, kanak-kanak yang berumur 9 tahun tidaklah dipertanggungjawabkan menunaikan ibadah puasa kerana dia masih lagi belum baligh. Namun ibu bapa kanak-kanak tersebut mempunyai suatu tanggungjawab untuk mendidik anak tersebut dalam hal ibadat. Atas dasar inilah Islam menyuruh kita untuk mendidik anak kita dalam hal solat seawal tujuh tahun dan boleh memukulnya (dengan tujuan dan cara mendidik) ketika umur 10 tahun.

Jadi umur-umur sebelum itu adalah suatu tempoh untuk mendidik anak-anak kearah berpuasa. Kita tidak sepatutnya terlalu keras contohnya sehingga meletakkan anak tersebut mesti berpuasa penuh sepanjang Ramadan seawall 5 atau 6 tahun. Walaupun boleh jadi anak tersebut boleh menyempurnakan puasa tersebut tetapi objektif pendidikan anak-anak dalam berpuasa tidak akan tercapai.

6 TIPS MUDAH MENGAJAR ANAK BERPUASA PADA USIA KECIL BUAT PERTAMA KALI

Berikut adalah beberapa tips yang dapat mendidik anak berpuasa pada usia kecil:

1. LIHAT KEMAMPUAN ANAK KITA

Ukur pada keupayaan anak

Penting untuk ibu bapa memahamkan anak tentang keutamaan solat berbanding puasa. Libatkan mereka dalam solat sehari-hari dan dari situ, anda akan mendapati lebih mudah untuk anak memahami dan menjalankan ibadah puasa dengan rela hati.

Oleh itu, jangan membandingkan anak anda dengan orang lain. Sebaliknya, lihatlah kemampuan anak sendiri sama ada mereka bersedia untuk melakukan ibadah puasa.

 

2. BERCERITA TENTANG KELEBIHAN PUASA

Kebaikan dan kelebihan berpuasa

Lakukan aktiviti yang menyeronokkan untuk membantu anak memahami tentang ibadah puasa. Anda boleh berbual santai, membaca buku cerita, membuat kraf, lakonan boneka, atau menonton kisah Upin dan Ipin tentang puasa.

Kita tidak mahu mendidik anak supaya menganggap Islam adalah agama yang susah. Sebaliknya, ia adalah fitrah dan bersesuaian dengan semua manusia.

 

3. MEMUJI ANAK

Berikan pujian dan sokongan kepada anak

Kenapa malu puji anak sendiri? Ini adalah salah satu tips mengajar anak puasa.

Pujilah dan hargailah kejayaan mereka untuk menaikkan semangat mereka. Berikan mereka ganjaran dengan menyediakan makanan kesukaan anak anda ketika berbuka. Bukan dengan beri ganjaran untuk duit raya. Itu rasuah namanya!

 

4. RANCANG SECARA BERPERINGKAT

Merancang jadual puasa anak

Bagi yang pertama kali berpuasa, latihlah mereka secara berperingkat. Menurut Dr Fadzillah, ibu bapa boleh memulakan dengan beberapa jam terlebih dahulu. Kemudian barulah diikuti dengan separuh hari dan seterusnya beberapa hari mengikut kemampuan anak.

Rutin seperti ini seeloknya dipertingkatkan setiap tahun tibanya bulan Ramadan. Dengan cara ini, mereka lebih bersedia dan tidak rasa terpaksa untuk berpuasa.

5. MENYEDIAKAN MAKANAN KEGEMARAN UNTUK BERSAHUR & BERBUKA

Makanan kegemaran anak

Ibu-ibu perlu lebih kreatif di bulan Ramadhan ini dalam memastikan anak-anak mengambil keperluan makanan yang seimbang ketika bersahur dan berbuka. Carilah resepi yang menggabungkan makanan kegemaran mereka dengan keperluan sihat seperti nugget bersayur atau smoothie kurma dan coklat.

Bersederhana adalah kunci utama. Pastikan mereka minum air yang mencukupi dan tidak lupa memakan buah-buahan dan sayuran agar pencernaan mereka tidak terganggu.

 

6. LEWATKAN WAKTU SAHUR

Lewatkan waktu sahur

Anak-anak mungkin ‘liat’ untuk bangun pagi, apatah lagi bersahur. Kalau anak dibangunkan terlalu awal, kemungkinan besar mereka akan tertidur semula sebelum sempat menunaikan solat Subuh. Sebaiknya, anda juga berbual-bual dengannya, menyalakan lampu yang terang, dan menjadikan suasana bersahur meriah agar mereka tidak mengantuk.

Dalam Islam, melewatkan sahur adalah perkara sunat. Dalam sebuah hadis meriwayatkan:

“Sesungguhnya kami para Nabi diperintahkan untuk menyegerakan berbuka (sebaik masuk waktunya) dan melewatkan sahur.” (Hadis riwayat at-Thabrani)

 

ISLAM ADALAH AGAMA YANG PENUH KELEMBUTAN & KASIH SAYANG

Dalam melatih anak berpuasa, lakukanlah ia dengan penuh hikmah. Elakkan memaksa dengan keras sehingga kewajipan lain; seperti solat, dianggap ringan oleh anak-anak.

Kalau anak tak mampu berpuasa, jangan sesekali mengejek, mengungkit, atau memalukan anak yang tidak berpuasa di hadapan orang lain. Ia boleh menjadikan mereka kurang yakin diri dan tak mahu mencuba lagi.

 

Sumber: Siraplimau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *