ANAK ANDA ASYIK PONTENG SEKOLAH?? KETAHUI 6 FAKTOR UTAMA KENAPA ANAK SELALU PONTENG SEKOLAH

ponteng-sekolah

Kes ponteng sekolah dalam  kalangan pelajar kian meruncing. Terdapat banyak faktor-faktor murid ponteng sekolah. Kegiatan ponteng sekolah juga seringkali dikaitkan gejala social lain seperti vandalisme dan yang lebih teruk lagi pelajar terlibat dalam aktiviti gangsterisme, kumpulan kongsi gelap dan penyalahgunaan dadah.

Hingga ade ibu bapa yang dapat panggilan dari guru disiplin

yang mengatakan anak mereka tidak hadir ke sekolah selama sebulan. Ibu bapa menjadi terkejut bila dengar berita tersebut sedangkan anak mereka setiap hari bangun pagi untuk ke sekolah.

Ibu bapa wajib mengetahui faktor-faktor kenapa anak mereka ponteng sekolah:-

 

1. KURANG BERMINAT TERHADAP PENGAJARAN DAN PELAJARAN DI SEKOLAH

Sikap kurang minat untuk belajar

Pelajar ponteng sekolah adalah kerana kurang atau tidak berminat terhadap pengajaran dan pembelajaran di sekolah Keadaan ini mungkin berpunca daripada isi kandungan sukatan pelajaran yang banyak memberikan tumpuan kepada mata pelajaran yang memerlukan pelajar menghafal seperti mata pelajaran sejarah, matematik, sains, geografi dan sebagainya.

 

2. KURANGNYA KASIH SAYANG SERTA PEMANTAUAN DARIPADA IBU BAPA

Kasih Sayang adalah salah satu punca yang penting

Hilang pemerhatian, kasih sayang daripada ibu bapanya dan ibu bapa telah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu bapa. Dengan membuktikan keadaan tersebut, ibu bapa kini sentiasa bekerja di luar dari awal pagi sampai tengah malam, masa mereka bersama dengan anak semakin berkurang sehingga anak-anak tidak dapat menyampaikan perasaan mereka kepada ibu bapa. Lama-lama kemudian, anak tersebut akan cuba menggunakan cara lain iaitu cara negatif seperti ponteng sekolah kerana mereka berjaya mendapat perhatian daripada ibu bapa mereka. Malangnya anak-anak ini akan berkawan dengan orang luar semasa mereka memonteng sekolah dan kesannya “kawan baru” ini akan mengajak mereka pergi ke tempat lain untuk berhibur sehingga anak-anak ini tidak lagi mementingkan pelajarannya.

 

3. PENGARUH RAKAN SEBAYA

Berhati-hati dalam memilih kawan

Rakan sebaya juga turut memainkan peranan yang kuat dalam mempengaruhi pelajar lain untuk ponteng sekolah. Ajakan daripada rakan sebaya mereka untuk ponteng sekolah akan mempengaruhi minda pelajar-pelajar yang tidak berfikir secara rasional. Mereka akan menurut segala ajakan dan pelawaan rakan-rakan mereka tanpa berfikir panjang. Rakan-rakan yang bercadang untuk ponteng sekolah akan memberikan pelbagai alasan yang munasabah seperti pelajaran di sekolah sangat membosankan dan sebagainya. Mereka menberi tanggapan bahawa aktiviti ponteng sekolah dapat menenangkan fikiran dan ini menjadi alasan untuk mereka tidak hadir ke sekolah.

 

4. MENCARI KESERONOKAN

Lebih pentingkan keseronokan berbanding masa depan

Pelajar ponteng sekolah berkemungkinan adalah kerana mereka lebih mementingkan keseronokan daripada pelajaran. Hal ini jelas kerana terdapat di kalangan pelajar yang ponteng dengan tujuan untuk melepak atau berkumpul di suatu tempat terutamanya pusat-pusat membeli-belah, pusat permainan video, dan taman-taman rekreasi. Malahan, terdapat juga pelajar yang ponteng untuk menonton wayang atau berkelah. Bagi mereka, belajar di sekolah adalah sesuatu yang membosankan kerana tidak ada unsur-unsur hiburan.

 

5. TEKANAN EKONOMI

Ekonomi merosot menjadipunca utama juga

Taraf ekonomi keluarga pelajar yang rendah juga menyebabkan mereka malu untuk pergi ke sekolah. Mereka sering ponteng sekolah bagi mengelakkan dipersenda oleh rakan-rakan. Apabila ponteng sekolah, mereka mula melakukan sesuatu yang negatif bagi memenuhi masa lapang mereka. Oleh kerana kedudukan ekonomi yang rendah, maka ibu bapa sibuk untuk mencukupkan perbelanjaan harian dan menyebabkan tanggungjawab anak terabai. Selain itu, terdapat juga pelajar yang ponteng kerana terpaksa bekerja secara sambilan dan oleh kerana terlalu keletihan mereka tidak berdaya untuk bangun awal terutamanya yang bekerja pada waktu malam.

 

Sumber: nowieyieda

Sila Tinggalkan Komen Anda

Dapatkan Maklumat terkini dari Kami

Blog

Post Yang Berkaitan

nutrisi

Bagaimana Nutrisi Dalam Int3tree Membantu Pemakanan Anak

Bagaimana anda pasti bahawa anak anda mendapat nutrisi yang cukup dari pemakanan seharian mereka ? pastikah anda, anak anak memilih makanan yang sihat Ketika di luar pengawasan anda?? Jangan risau, INT3TREE dapat membantu anda untuk selesaikan masalah ini. INT3TREE merupakan produk MAKANAN BERNUTRISI yang mempunyai gabungan 12 BAHAN TERBAIK dan TELAH DIIKTIRAF sehingga ke peringkat

Anak Anda Teringin Pergi Ke Zoo? Ibu Ini Kongsi Cara Nak ‘Bawa’ Haiwan Zoo Ke Dalam Rumah Guna Google, Nampak Real!

Nampaknya Perintah Kawalan Pergerakan telah dipanjangkan oleh pihak kerajaan sehingga 14 April ini. Maka kita akan berada di dalam rumah dalam tempoh yang lama! Mesti dah kekeringan idea untuk menghiburkan anak-anak di rumah kan? Jadi, ibu ini berkongsikan salah satu aktiviti iaitu membawa haiwan-haiwan dalam zoo secara virtual di rumah. Memang seronok anak-anak seolah-olah berada dekat dengan

anak lelaki sangat perlukan ayah

3 Sebab Kenapa Anak Lelaki Sangat Perlukan Ayah

Tak dinafikan semua anak tak kiralah lelaki mahupun perempuan mendapat banyak manfaat daripada kehadiran seorang ayah yang betul-betul ‘involved’ dalam urusan keluarga. Malah, kajian yang dilaporkan melalui sebuah artikel dari laman web Fatherly telah membuktikan bahawa kehadiran susuk seorang ayah yang aktif sebegini menjadikan anak-anak kurang berisiko terhadap kes ‘dropout‘ di sekolah, masalah obesiti, serta

bandingkan anak

Selalu Bandingkan Anak Kita Dengan Orang Lain? Ini 8 Tips Untuk Jadi Ibu Bapa Lebih Positif

Mak ayah mana yang tak pernah mengalami dan berhadapan dengan situasi anak-anak menjerit dan berlari-lari di dalam kedai atau pusat membeli-belah kan? Tetapi ada juga dalam kalangan ibubapa yang beranggapan bahawa anak mereka tidak seperti anak orang lain yang katanya lebih beradab dari anak mereka sendiri. Penting untuk anda tidak membandingkan anak sendiri dengan orang

8 Cara Ibu Ini Latih Semua Anaknya Belajar Dapat Keputusan Straight A!

Anak-anak mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan merupakan salah satu kebanggaan bagi ibubapa. Tambah pula kalau kesemua anak mendapat keputusan straight A dalam setiap matapelajaran. Pasti terdapat rahsia disebalik kejayaan mereka ini kan? Jadi, jom baca perkongsian guru dimana beliau mengambil kesempatan untuk bertanyakan seorang ibu kepada pelajar cemerlang di sekolahnya mengenai rahsia kejayaan anak-anaknya.