Peningkatan kos sara hidup sekarang merupakan satu isu yang tidak habis-habis diperkatakan oleh semua orang. Dan kedengaran banyak tips untuk berjimat cermat dan mencari pendapatan sampingan.
Selain daripada kita sahaja yang membanting tulang dan mengikat perut, elok juga kita mengajar anak kita untuk berjimat agar satu keluarga selamat dari segi kewangan.
Jarang ilmu kewangan dan pengurusan kewangan yang berkesan diajar di sekolah. Ilmu ni sangat penting pada zaman sekarang. Jadi, nak tak nak, kita sebagai ibu bapa lah yang kena didik anak menabung dan menyimpan Duit.
Masa kecil ni lah waktu terbaik untuk latih mereka. Kita pupuk minat mereka untuk menyimpan. Kena mulakan daripada sekarang.
Jom lihat cara terbaik untuk mendidik anak menabung:
1. SEDIAKAN TABUNG YANG CANTIK

Senang nak nampak. Banyak mereka simpan atau tak. Kalau nampak ruang-ruang kosongnya, sudah tentu duit yang simpanan belum banyak.
Bila mereka nampak hasil tabungan mereka, rasa semangat nak tambah dan terus menyimpan.
2. BERIKAN WANG SAKU DAN AJAR MEREKA CARA MENGURUSKAN

Walaupun dibekalkan dengan makanan ke sekolah, saya tetap akan memberikan wang saku kepada mereka. Setiap kali pulang, mesti saya akan tanya, apa yang mereka beli, berapa harga dan berapa banyak boleh mereka simpan untuk hari tersebut.
Jika, apa yang mereka adalah satu benda yang tak berkhasiat, nasihati mereka supaya beli benda yang berkhasiat lain seperti buah-buahan atau susu. Jika nak makan keropok, boleh tapi mesti makan dengan saya.
3. AJARKAN MEREKA MENGENAI MATLAMAT MENYIMPAN

Ajar mereka setiap duit yang mereka simpan mempunyai matlamat. Apakah yang dibelanjakan setelah duit dalam tabungan cukup.
Saya sarankan, anda sediakan beberapa tabung untuk tujuan tertentu. Contoh:
1) Tabung untuk simpanan
2) Tabung untuk membeli kehedak (selalunya kanak-kanak lebih cenderung membeli mainan)
3) Tabung sedekah
Ajar mereka tiada apa yang percuma dan senang nak dapat sekarang. Ayah dan emak terpaksa kerja keras untuk sekolahkan dan membesarkan mereka semua. Ajarkan mereka konsep bersyukur.
Bila mereka nakkan sesuatu yang tidak penting, gunakan tabung kehendak sebagai umpan mereka simpan duit sampai cukup untuk beli apa yang mereka mahu. Sememangnya lumrah kanak-kanak ingin membeli permainan dan mereka akan cuba memenuhkan tabung kehendak dahulu.
Dalam proses menabung,inilah masa yang sesuai untuk kita terapkan erti nilai wang kepada mereka. Tabung mana yang menjadi prioriti untuk dipenuhkah dan kenapa?
4. BERIKAN GANJARAN KECIL SEBAGAI GALAKAN ATAS USAHA ANAK-ANAK

Sesekali berikan mereka ganjaran daripada usaha mereka dalam meningkatkan tabungan. Benda yang paling simple, yang selalu saya buat ialah dengan menambahkan tabungan mereka.
Selepas sebulan apabila saya nampak ada kemajuan dan tabung semakin penuh, saya akan tambahkan sedikit duit saya ke dalam tabung mereka dan pastikan mereka tahu sebagai tanda kita reward usaha mereka.
Konsep ini sama seperti konsep simpan di bank. Pada akhir bulan, bank akan kongsikan keuntungan kepada penyimpan. Sebenarnya, sedikit sebanyak anak-anak yang menyimpan dah mengurangkan beban kita untuk perbelanjaan mereka sediri. Apasalahnya kita berkongsi penjimatan kita dengan mereka.
5. IBU BAPA SEBAGAI MENTOR DAN ROLE MODEL

Nak anak-anak pandai menyimpan. Tapi anak-anak tak nampak pun emak ayah mereka menyimpan. Sesekali ajak mereka ke bank ke, Tabung Haji untuk tunjukkan mereka pula, cara orang besar menyimpan. Berapa banyak kita simpan? Apa tujuan kita simpan duit di sini? Kenapa kita perlu simpan di sini?
Bimbing mereka untuk berbelanja. Apa yang perlu dibeli dan apa yang boleh ditangguhkan dahulu. Sentiasa ingatkan mereka untuk bersedekah dan menderma. Ini untuk bekalan kita di akhirat.
Anda juga perlu kawal perbelanjaan anda. Proses pembembelajaran anak-anak adalah lebih kepada memerhati orang dewasa. Apa yang orang dewasa buat, itu yang mereka ikut. Tak kisah baik atau buruk. Jadikan anda role model yang terbaik untuk mereka.
Jom terus praktik tips-tips ini. Mudah-mudahan anak kita nanti lebih pandai uruskan kewangan dan senang di masa depannya.
P/S: Apa tips korang didik anak menabung dan menyimpan duit? Kongsikan di ruangkan komen supaya kita boleh sama-sama belajar.
Sumber: ringgitmalaysia