ANAK ‘LEMBAB’ BELAJAR BUKANNYA MALAS, MUNGKIN SIMPTOM DISLEKSIA. BERTINDAK SEGERA JIKA TERDAPAT 5 TANDA INI

anak-disleksia

“Dah nak masuk darjah dua tapi membaca masih merangkak-rangkak. Tak tahulah macamana dia belajar di sekolah. Risau juga bila cikgu kata Aiman ada ciri-ciri anak disleksia. Bahayakah? Apa patut dibuat ya?”

Tahukah anda, kanak-kanak yang berumur 5 tahun ke atas yang masih

tidak dapat mengeja dan menulis mungkin disebabkan oleh sejenis sindrom yang dipanggil disleksia.

APAKAH ANAK DISLEKSIA?

Disleksia disebabkan oleh kerosakan pada kebolehan otak untuk menterjemahkan imej tulisan kepada kefahaman. Ia juga dipanggil sebagai sindrom ‘lambat membaca’ di kalangan kanak-kanak.

Sindrom ‘lambat membaca’ ini sebenarnya bukan satu penyakit berbahaya, tetapi kesannya boleh menyebabkan kanak-kanak ketinggalan dalam pembelajaran.

Namun, jangan terkejut kerana penghidap disleksia umumnya mempunyai tahap kecerdasan intelektual (IQ) normal atau lebih tinggi daripada kanak-kanak biasa.

Antara tanda dan simptom disleksia yang biasa dikesan pada anak-anak adalah seperti berikut:

 

1. SUKAR MEMAHAMI ARAHAN

Memberi arahan yang “simple” sahaja

Murid/anak disleksia payah nak faham jika kita bagi arahan yang panjang-panjang. Arahan pendek sahaja mereka senang tangkap seperti;

“Adik, duduk.”

“Adik, baca buku.”

Elakkan memberi arahan yang panjang seperti ini;

“Adik, ambil buku cerita dalam bilik, atas meja, sebelah lipstick Mary Kay ibu, bawah wallet ayah kemudian buat kerja muka surat 45.”

Bagi kita, arahan itu jelas. Bagi anak disleksia, ia umpama syair pujangga yang tidak mampu mereka fahami.

 

2. LAMBAT DALAM PERTUTURAN DAN PELAT

Gagap dan susah bertutur kata

Kanak-kanak disleksia biasanya pelat dan mempunyai masalah ‘speech delay’.

Masalah pertuturan yang lambat dan pelat antara ciri-ciri kanak-kanak disleksia.

Namun perlu ingat, bukan semua anak pelat dan lambat dalam bertutur itu merupakan anak disleksia.

Ini hanya salah satu ciri-ciri kecil sahaja. Jangan cepat buat konklusi ya!

 

3. SUKAR INGAT PERKATAAN YANG DIPELAJARI, MENULIS TERBALIK DAN KELIRU DENGAN NOMBOR DAN PERKATAAN

Dari segi penulisan dah boleh tahu

Biasanya di sekolah, guru cepat dapat kesan murid disleksia melalui tulisan mereka dan cara mereka belajar. Huruf dan nombor sering mereka terbalik dan keliru.

Malah ada murid menulis seperti kita lihat dalam cermin. Terbalik!

Ya, di mata anak-anak ini, tulisan yang mereka lihat itu seolah-olah terapung, menari-nari dan bergerak. Begitu juga gambar. Ini membuat mereka cepat keliru dan hasilnya dapat dilihat pada tulisan mereka.

 

4. MUDAH LUPA

Cepat lupa sesuatu seperti belajar

Sebenarnya, individu disleksia boleh berjaya kerana IQ mereka sama sahaja dengan orang lain. Cuma, masalah mudah lupa terhadap sesuatu yang baru berlaku (short term memory lost) menyebabkan mereka sukar belajar.

Jika tidak diatasi dengan teknik pembelajaran yang sewajarnya, ia boleh menyebabkan perasaan malu, kurang keyakinan, dan rasa tertekan di kalangan anak-anak.

 

5. BERPEWATAKAN CUAI

Sering cuai melakukan sesuatu

Sesetengah anak disleksia menampakkan ciri seperti cuai dalam pergerakan motor. Mereka ini mungkin mudah jatuh, sering tersalah pakai kasut, atau menghadapi masalah untuk melompat.

Selain itu, bahagian anggota tangan yang dominan juga tidak dapat dikenal pasti.

RAWATAN DISLEKSIA DI MALAYSIA

Menurut Pengerusi Persatuan Disleksia Malaysia, Sariah Amirin menegaskan supaya ibu bapa menyokong anak-anak disleksia. Sifat bimbang atau tekanan yang dihadapi akibat kesukaran penerimaan pembelajaran dikhuatiri boleh merencatkan kebolehan mereka. Mereka tidak boleh dibiarkan berterusan belajar dalam keadaan yang tertekan kerana ada teknik tertentu yang lebih sesuai untuk diajarkan kepada mereka.

Oleh itu, ibu bapa seharusnya peka dan tidak teragak-agak untuk mendapatkan bantuan pembelajaran bagi anak-anak ini. Setakat 2016, 13 pusat Persatuan Disleksia Malaysia telah diwujudkan di seluruh tanah air bagi membantu kanak-kanak yang mengalami disleksia.

 

Sumber: Siraplimau

Sila Tinggalkan Komen Anda

Dapatkan Maklumat terkini dari Kami

Blog

Post Yang Berkaitan

Kanak-kanak
EditorInt3tree

Anak Anda Teringin Pergi Ke Zoo? Ibu Ini Kongsi Cara Nak ‘Bawa’ Haiwan Zoo Ke Dalam Rumah Guna Google, Nampak Real!

Nampaknya Perintah Kawalan Pergerakan telah dipanjangkan oleh pihak kerajaan sehingga 14 April ini. Maka kita akan berada di dalam rumah dalam tempoh yang lama! Mesti

Read More »