3 KESILAPAN IBU BAPA DALAM PEMBENTUKAN SAHSIAH ANAK-ANAK

Ibu bapa adalah insan yang sangat bernilai dalam sesebuah keluarga. Ibu bapa adalah kunci segala-galanya dalam pembentukan sahsiah anak-anak. Oleh itu pembentukan sahsiah anak-anak kita bukan bermula daripada sekolah, tetapi adalah daripada rumah itu sendiri. Ramai ibu bapa menyerahkan segala-galanya kepada pihak sekolah kerana terlalu sibuk mencari mata pencarian sehingga anak-anak terabai.

Kita selalu dengar anak-anak umpama kain putih dan ibu bapa adalah penentu yang akan mencorakkan kain putih itu. Jadi keputusan adalah terletak pada tangan ibu bapa itu sendiri. Cuba kita tanya diri kita sebagai ibu bapa, “apa aku nak anak aku jadi bila besar nanti?” Jika kita tak dapat jawab soalan ini, maka sedarlah kita membesarkan anak kita tanpa haluan!! Kita hanya membesarkan anak-anak kita di serahkan sepenuhnya kepada takdir semata-mata.

Apa yang kitab oleh lakukan dalam pembentukan sahsiah anak-anak kita agar mereka menjadi apa yang kita inginkan?


BAGAI MENATANG MINYAK YANG PENUH

Anak-anak adalah satu rahmat yang diberikan kepada kita. Rahmat yang diturunkan kepada kita adalah satu amanah dan tanggungjawab. Tanggungjawab dan amanah ini sangat berat dan sekiranya di campakkan kepada bukit, bukit akan hancur berderai.  Apa yang kita dah lakukan sebelum ini dalam menjaga amanah yang telah diberikan? Adakah kita sudah menjaga amanah ini umpama menatang minyak yang penuh?

Adakah masa kita lebih banyak terluang kepada anak-anak kita? Atau hanya sekadar masa kita dipenuhi dengan aktiviti sendirian yang tiada manfaat atau masa kita habis untuk mencari mata pencarian?

Dalam masa satu hari, berapa jam yang kita habiskan untuk anak-anak kita?

 

KE MANA TUMPAH KUAH KALAU TIDAK KE NASI

Anak-anak kita selalu atau banyak menghabiskan masa di dalam rumah Bersama kita sebagai ibu bapa. Memang sifat manusia akan jadikan ibu bapa sebagai contoh mereka. Kadang kala kita tidak sedar sebenarnya kita sedang membentuk sahsiah yang buruk dalam diri anak-anak. Kita banyak melakukan perkara-perkara yang buruk di depan mata anak-anak kita. Tidak kira di dalam rumah atau di luar rumah. Anak-anak akan mengulangi apa yang kita lakukan di hadapan mereka.

Kita ambil contoh mudah masa anak-anak kita masih bayi. Kita akan ajar mereka bercakap dengan cara kita cakap sesuatu perkataan dan mereka akan mengulangi perkataan itu. Dan sudah tentu perkataan yang kita ajarkan kepada mereka perkataan-perkataan yang baik.

Tetapi kenapa bila mereka sudah besar sedikit kita lakukan perkara buruk di depan mereka?

 

MELENTUR BULUH DARIPADA REBUNG

Apabila anak-anak mendalami ajaran kitab berdasarkan agama masing-masing, mereka mendapat panduan hidup yang baik serta berusaha mengamalkan nilai-nilai murni kerana sedar bahawa kesudahan yang baik menanti diri mereka. Oleh sebab itu, ibu bapa perlu menerapkan didikan agama dalam hati anak-anak sejak mereka kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Tambahan pula pendidikan agama akan menjadi garis pandu kepada  mereka  agar membesar sebagai  insan bijaksana dan beretika.

Dengan itu, anak-anak sedar akan kewajiban diri mengamalkan nilai-nilai murni termasuk mentaati perintah agama. Mereka akan dapat membezakan perkara baik dan buruk serta mempunyai disiplin diri untuk melakukan perkara yang betul. Walaupun anak-anak juga sentiasa berhadapan dengan godaan dan cabaran globalisasi, mudah-mudahan mereka  dapat mengawal diri dan tidak

Sila Tinggalkan Komen Anda

Dapatkan Maklumat terkini dari Kami

Blog

Post Yang Berkaitan

Kanak-kanak
EditorInt3tree

Anak Anda Teringin Pergi Ke Zoo? Ibu Ini Kongsi Cara Nak ‘Bawa’ Haiwan Zoo Ke Dalam Rumah Guna Google, Nampak Real!

Nampaknya Perintah Kawalan Pergerakan telah dipanjangkan oleh pihak kerajaan sehingga 14 April ini. Maka kita akan berada di dalam rumah dalam tempoh yang lama! Mesti

Read More »