10 Tips Meroket Ajar Anak Pandai & Rajin Membaca Dengan Mudah

tips-anak-cepat-membaca

Menanam minat membaca dalam diri anak-anak harus bermula sejak kecil. Tidak dinafikan, susah sebenarnya nak tahu apa teknik ajar anak cepat membaca.

Tahukah anda, menurut kajian, belajar membaca merupakan satu cabaran untuk lebih daripada 40 peratus kanak-kanak? Oleh itu, jangan risau sekiranya anak anda belum pandai membaca seperti anak rakan-rakan anda.

Paling penting, jangan membandingkan anak anda dengan mereka kerana dikhuatiri anak anda akan hilang keyakinan diri dan menyebabkannya hilang minat untuk belajar lagi. Ingatlah, setiap anak-anak mempunyai potensi diri yang berlainan.

Kita sebagai ibu bapalah bertanggungjawab untuk mencungkil dan mengasah potensi mereka supaya menjadi insan yang cemerlang di masa hadapan, inshaAllah.

Oleh itu, pendidikan awal adalah sangat penting bagi mereka. Mari kita lihat 10 tips mudah ajar anak agar cepat membaca:

 

1. PILIH TEMPAT YANG SELESA UNTUK MEMBACA

Suasana selesa

Pastikan tempat yang selamat dan selesa. Yang lebih penting, tempat yang ada banyak lampu. Bila selesa, lebih banyak muka surat yang dia suruh kita baca.

2. BACA BUKU UNTUK ANAK-ANAK

Baca bersama anak

Kalau mahukan mereka minat membaca, bacakan buku pada anak-anak. Untuk anak sekecil 2-3 tahun, jika ibu-bapa selalu membaca buku ‘favourite’ mereka, jangan terkejut jika anak boleh hafal segala isi cerita dalam buku tersebut. Walaupun dengan pelat-pelat mereka, kita boleh mendengar butiran yang keluar dari mulut anak-anak. Tidak percaya? Cubalah dahulu.

 

3. JADIKAN MEMBACA SATU RUTIN

Terapkan minat membaca

Balik rumah, terus buka Astro. Ada ibu-bapa, terus buka Channel 611 atau lain-lain ‘channel’ agar anak tidak mengganggu. Bagaimana kalau waktu yang singkat ini, kita baca buku bersama-sama anak. Jika dilakukan setiap hari, tanpa disuruh, anak akan ambil buku mereka dan suruh kita baca. Sejurus habis, dia akan suruh baca lagi. Memang tampak penat, tapi percayalah, penat lelah anda akan berbaloi beberapa tahun lagi.

 

4. NYANYI LAGU A-B-C SAMA-SAMA

Nyanyi bersama anak

Suara sumbang? Tiada siapa peduli. Anak-anak tidak kisah jika suara ibu-bapa mereka tidak merdu. Apa yang mereka mahu ialah ibu-bapa mereka ‘join sekaki’. Lagu-lagu ‘ABC’ dan lagu-lagu animasi boleh dinyanyikan dan digayakan bersama.

 

5. JADI CONTOH YANG BAIK

Ibu bapa mencerminkan anak

Bagaimana anak mahu membaca buku jika ibu-bapa tidak menunjukkan perilaku dan contoh yang baik? Orang kata, “Leadership by example” atau dalam Bahasa Melayu,“Kepimpinan melalui teladan”. Kalau anak asyik nampak ibu-bapa mereka asyik main telefon bimbit sahaja, bagaimana mereka mahu mencontohi mereka?

 

6. TANYA SOALAN PADA ANAK

Memberi soalan pada anak

Anak suka bila kita tunjukkan minat. Bila ada gambar-gambar dalam buku, tanya dia kenapa gambar itu begitu begini. Contohnya, jika baca buku ‘Ugly Duckling’, ada seekor itik yang berwarna lain dari yang lain.

Cuba tanya anak, “Kenapa dia sedih? Kenapa itik lain tak kawan dengan dia?”. Anak akan tersenyum apabila mendengar jawapan dari mereka. Ada yang masuk akal, ada yang terlalu melucukan. Selitkan juga nasihat pada anak, “Nanti adik dah besar, jangan jadi macam itik-itik yang lain ni ye. Kawan dengan semua orang tau”.

 

7. PILIH BUKU YANG BAGUS

Buku warna-warni

Terlalu banyak buku kanak-kanak di kedai-kedai buku seperti MPH dan Kinokuniya. Bagi mereka yang berada di luar Kuala Lumpur, masih banyak kedai buku kecil yang menjual buku kanak-kanak.

Jika terlalu sukar mendapatkan buku yang diinginkan, boleh cuba beli secara ‘online’. Bagi yang sedang membaca ini, apakah buku yang anda cadangkan?

 

8. GABUNGKAN MEMBACA DAN MENULIS

Ajar dua teknik berkesan

Usah serahkan tugas mengajar anak pada tadika dan sekolah sahaja. Apa salahnya mengajar di rumah. Biarkan anak conteng rumah, asalkan mereka gembira. Jika tidak mahu mereka menconteng dinding, belikan kertas A4 banyak-banyak. Ajar anak-anak melukis sambil menulis abjad. Ajarkan juga bagaimana mengeja nama sendiri.

 

9. TAMPAL ABJAD ABC DI DINDING BILIK TIDUR

Menampal huruf dan nombor pada dinding

Ada banyak produk yang dijual di kedai buku yang mengandungi senarai A-B-C berserta gambar yang boleh kita beli. Tampal di bilik tidur mereka. Setiap hari, mereka akan nampak dan secara ‘subconscious’ mereka akan hafal abjad tersebut.

Sekarang, bagaimana kalau kita tampal tulisan jawi pula? Tentu mereka cepat tangkap satu hari nanti.

 

10. SELALU BAWA ANAK KE KEDAI BUKU ATAU PERPUSTAKAAN

Tanamkan sifat suka pada perpustakaan

Jika setiap minggu pergi ke ‘shopping complex’, jangan lupa singgah di mana-mana kedai buku. Jika tempat anda ada ‘library’, bawa mereka ke sana pada hujung minggu. Biarkan anak-anak ‘terrorize’ tempat tersebut. Biar mereka main puas-puas. Biasanya, kedai buku akan sediakan satu ruang khas untuk kanak-kanak.

Mereka boleh duduk bersama ibu-bapa di atas lantai, baca buku bersama-sama. Apabila anak membesar, dia akan ingat tempat yang selalu dibawa oleh ibu-bapa mereka. Jika mereka berkahwin satu hari nanti, dan mempunyai anak, mereka akan bawa ke tempat yang sama. Tempat yang memberikan mereka ilmu, kedamaian dan dalam masa yang sama, kegembiraan.

 

Kesimpulan

Apa yang penting ialah kesudian ibu-bapa untuk meluangkan masa bersama anak-anak. Faham, ramai yang sibuk dan tidak ada masa untuk anak sendiri. Namun percayalah, pelaburan masa untuk anak sungguh berbaloi.

 

Sumber: Siraplimau

Sila Tinggalkan Komen Anda

Dapatkan Maklumat terkini dari Kami

Blog

Post Yang Berkaitan

Anak Anda Teringin Pergi Ke Zoo? Ibu Ini Kongsi Cara Nak ‘Bawa’ Haiwan Zoo Ke Dalam Rumah Guna Google, Nampak Real!

Nampaknya Perintah Kawalan Pergerakan telah dipanjangkan oleh pihak kerajaan sehingga 14 April ini. Maka kita akan berada di dalam rumah dalam tempoh yang lama! Mesti dah kekeringan idea untuk menghiburkan anak-anak di rumah kan? Jadi, ibu ini berkongsikan salah satu aktiviti iaitu membawa haiwan-haiwan dalam zoo secara virtual di rumah. Memang seronok anak-anak seolah-olah berada dekat dengan

anak lelaki sangat perlukan ayah

3 Sebab Kenapa Anak Lelaki Sangat Perlukan Ayah

Tak dinafikan semua anak tak kiralah lelaki mahupun perempuan mendapat banyak manfaat daripada kehadiran seorang ayah yang betul-betul ‘involved’ dalam urusan keluarga. Malah, kajian yang dilaporkan melalui sebuah artikel dari laman web Fatherly telah membuktikan bahawa kehadiran susuk seorang ayah yang aktif sebegini menjadikan anak-anak kurang berisiko terhadap kes ‘dropout‘ di sekolah, masalah obesiti, serta

bandingkan anak

Selalu Bandingkan Anak Kita Dengan Orang Lain? Ini 8 Tips Untuk Jadi Ibu Bapa Lebih Positif

Mak ayah mana yang tak pernah mengalami dan berhadapan dengan situasi anak-anak menjerit dan berlari-lari di dalam kedai atau pusat membeli-belah kan? Tetapi ada juga dalam kalangan ibubapa yang beranggapan bahawa anak mereka tidak seperti anak orang lain yang katanya lebih beradab dari anak mereka sendiri. Penting untuk anda tidak membandingkan anak sendiri dengan orang

8 Cara Ibu Ini Latih Semua Anaknya Belajar Dapat Keputusan Straight A!

Anak-anak mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan merupakan salah satu kebanggaan bagi ibubapa. Tambah pula kalau kesemua anak mendapat keputusan straight A dalam setiap matapelajaran. Pasti terdapat rahsia disebalik kejayaan mereka ini kan? Jadi, jom baca perkongsian guru dimana beliau mengambil kesempatan untuk bertanyakan seorang ibu kepada pelajar cemerlang di sekolahnya mengenai rahsia kejayaan anak-anaknya.

Anak Kecil Suka Memanjat Bukan Tanda Anak Mempunyai Masalah – Pakar

Panjat-memanjat pagar, sofa dan pintu ‘grill’ di rumah sudah menjadi kebiasaan bagi kanak-kanak. Kadang-kadang sampai tak tahu nak marah macam mana supaya mereka tak terlalu ‘obses’ dengan aktiviti memanjat ni. Mana tidaknya, malu juga kalau pergi ke tempat awam pun anak masih suka memanjat tanpa memghiraukan orang ramai. Namun, disebalik kepada habit ini tersimpan kebaikannya