10 Cara Mudah Ajar Anak Membaca Abc Di Rumah, Tak Perlu Paksa Pun!

“ANAK saya 5 tahun tapi masih tak kenal ABC. Saya dah hantar pergi taska sejak 4 tahun lagi. Macam-macam cara dah diajar, pun masih tak kenal huruf.”

Begitulah antara keluhan ibu bapa yang anaknya susah mahu mengenal huruf. Risau mestilah risaukan? Ibu bapa mana pula yang tidak risau?

Apa kata kita cuba 10 cara kreatif dan seronok mengajar ABC seperti di bawah ini. Cara pembelajaran ini dikongsikan pengamal Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Ashikin Hashim, dan kami olah semula. Boleh saja dimulakan seawal anak baru dilahirkan hingga 6 tahun.

PERHATIAN: Kenalkan huruf kecil dulu, baru besar.

 

1. MENYANYI

Ada banyak lagu ‘nursery ryhmes’, lagu rakyat dan lagu kanak-kanak yang boleh kita belajar daripada YouTube untuk mengajar anak mengenal ABC.

 

2. SEBUT, MESTI SEBUT SELALU

Ketika pakaikan lampin atau anak sedang bermain, kita perlu sentiasa sebutkan ABC supaya anak dengar dan biasa dengan huruf-huruf itu.

 

3. KAD IMBAS

Jika rajin, buatlah kad imbas sendiri. Kalau tidak, beli saja di kedai buku atau barangan kanak-kanak. Dapatkan set kad imbas untuk anak, dan tayangkan sepintas lalu di depannya. Cuma 5 minit sehari. Tetapi mesti konsisten!

 

4. BUAT CARTA ABJAD

Buat atau beli carta huruf dan lekat di dinding rumah. Luangkan masa 5 minit sehari untuk anak baca dan tunjuk. Carta perlu ditampal mengikut aras mata anak. Jangan terlalu tinggi.

 

5. ABJAD DI MANA-MANA!

Tetapkan sasaran. Minggu ini mahu perkenalkan 2 huruf kepada anak, contohnya K dan L. Lekatkan kad K dan L di mana-mana tempat yang dia selalu ada atau main. Contohnya di pintu utama, sebelah komputer, tempat mainan, sebelah katil dan sebagainya. Minta anak sebut apabila ternampak huruf tersebut.

 

6. AMBIL GAMBAR

Minta anak ambilkan gambar huruf yang kita lekatkan di dinding sekeliling rumah. Suruh mereka tunjukkan kepada kita sambil sebutkan huruf itu. Aktiviti ini sangat menyeronokkan anak.

 

7. KOLAJ

Aktiviti kolaj ialah aktiviti mengoyak dan menampal kertas. Lukis sebiji ayam, misalnya, dan lekatkan kertas warna yang dikoyakkan anak kecil-kecil dan suruh dia tampalkan.

Kemudian ajarkan anak, apa itu ayam! Sebut ‘a’ berulang kali. Atau berikan templat huruf boleh dicetak daripada Internet dan buat aktiviti kolaj bersama anak. Jangan lupa masukkan dalam jurnal ya!

 

8. LUKIS DENGAN JARI 

Belajar mengenal huruf dengan cara melukis huruf menggunakan jari. Lukis dan sebut. Bukan saja dapat melukis, tetapi dapat juga mengenal warna, campur warna, rasa tekstur warna dan macam-macam lagi.

 

9. MAIN SOROK-SOROK 

Sorokkan huruf di beberapa bahagian rumah. Contohnya bawah meja. Minta anak cari huruf tersebut. Bagi klu kepada anak, misalnya, huruf ‘a’ ada di tempat kita selalu makan!

 

10. BUKU SKRAP ABJAD

Buat aktiviti mengumpulkan semua huruf-huruf. Minggu ini belajar ‘a’. Tulis atau warna atau buat aktiviti kolaj. Minggu hadapan ‘b’ pula. Kumpul hingga ‘z’.

Susun dan jadikannya buku skrap. Buat aktiviti berkaitan ‘a’. Contohnya ayam – makan ayam, potong ayam, masak ayam, dan pergi pasar cari ayam.

Selamat mencuba!

 

Sumber: ashikin hashim

Sila Tinggalkan Komen Anda

Dapatkan Maklumat terkini dari Kami

Blog

Post Yang Berkaitan

Anak Anda Teringin Pergi Ke Zoo? Ibu Ini Kongsi Cara Nak ‘Bawa’ Haiwan Zoo Ke Dalam Rumah Guna Google, Nampak Real!

Nampaknya Perintah Kawalan Pergerakan telah dipanjangkan oleh pihak kerajaan sehingga 14 April ini. Maka kita akan berada di dalam rumah dalam tempoh yang lama! Mesti dah kekeringan idea untuk menghiburkan anak-anak di rumah kan? Jadi, ibu ini berkongsikan salah satu aktiviti iaitu membawa haiwan-haiwan dalam zoo secara virtual di rumah. Memang seronok anak-anak seolah-olah berada dekat dengan

anak lelaki sangat perlukan ayah

3 Sebab Kenapa Anak Lelaki Sangat Perlukan Ayah

Tak dinafikan semua anak tak kiralah lelaki mahupun perempuan mendapat banyak manfaat daripada kehadiran seorang ayah yang betul-betul ‘involved’ dalam urusan keluarga. Malah, kajian yang dilaporkan melalui sebuah artikel dari laman web Fatherly telah membuktikan bahawa kehadiran susuk seorang ayah yang aktif sebegini menjadikan anak-anak kurang berisiko terhadap kes ‘dropout‘ di sekolah, masalah obesiti, serta

bandingkan anak

Selalu Bandingkan Anak Kita Dengan Orang Lain? Ini 8 Tips Untuk Jadi Ibu Bapa Lebih Positif

Mak ayah mana yang tak pernah mengalami dan berhadapan dengan situasi anak-anak menjerit dan berlari-lari di dalam kedai atau pusat membeli-belah kan? Tetapi ada juga dalam kalangan ibubapa yang beranggapan bahawa anak mereka tidak seperti anak orang lain yang katanya lebih beradab dari anak mereka sendiri. Penting untuk anda tidak membandingkan anak sendiri dengan orang

8 Cara Ibu Ini Latih Semua Anaknya Belajar Dapat Keputusan Straight A!

Anak-anak mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan merupakan salah satu kebanggaan bagi ibubapa. Tambah pula kalau kesemua anak mendapat keputusan straight A dalam setiap matapelajaran. Pasti terdapat rahsia disebalik kejayaan mereka ini kan? Jadi, jom baca perkongsian guru dimana beliau mengambil kesempatan untuk bertanyakan seorang ibu kepada pelajar cemerlang di sekolahnya mengenai rahsia kejayaan anak-anaknya.

Anak Kecil Suka Memanjat Bukan Tanda Anak Mempunyai Masalah – Pakar

Panjat-memanjat pagar, sofa dan pintu ‘grill’ di rumah sudah menjadi kebiasaan bagi kanak-kanak. Kadang-kadang sampai tak tahu nak marah macam mana supaya mereka tak terlalu ‘obses’ dengan aktiviti memanjat ni. Mana tidaknya, malu juga kalau pergi ke tempat awam pun anak masih suka memanjat tanpa memghiraukan orang ramai. Namun, disebalik kepada habit ini tersimpan kebaikannya